Followers

Sunday 23 December 2012

Hattan

Siapa tak kenal penyanyi lagu "Rendang tak Berbuah", Hattan. Memang sgt popular kan masa dulu. Tak lupa jugak kawan-kawan penulis pown ada yg meminati beliau. Jika penulis bercerita mengenai Hattan memang la tak dapat penulis menceritakan asal-usul beliau, sejarah hidup Hattan. Mungkin kerana tidak begitu fanatik dengan beliau walaupun penulis sebenarnya memang meminati lagu-lagu Hattan. Terutamanya lagu "Rendang tak Berbuah", suara beliau memang power beb!!

But, actually penulis sebenarnya nak share pengalaman berjumpa Hattan. Dah berhabuk dah gambar ni sebenarnya. Tak salah penulis Ramadhan taun lepas, tahun 2011.


Yang kat atas ni kawan penulis, Afiq Kamal.

Penulis dengan Hattan.


       Sebenarnya kami satu rumah pegi Bazaar Ramadhan kat Pekan Kuala Pilah. Tapi yg dapat snap pic dgn Hattan kitorang berdua je. Nak tau kenapa? Biasalah kami ni orang 'common'. Agak segan la nak tegur-tegur artis ni. Memula tu kitorang jalan berlima. Bob yang tak pernah-pernah pergi bazaar pown ikut jugak, entah kenapa dia tiba-tiba nak ikut pergi bazaar. Malas nak bersesak-sesak katanya kalau pergi bazaar ni. Tiba-tiba ternampak Hattan pun pengah sibuk beli juadah berbuka puasa. Kitorang pown terus je follow dye.Konon nak snap pic beramai-ramai la kan, tapi tak jadi sebab kitorang tengok macam Hattan bawak guard je. Tapi penulis dgn Afiq follow jugak sebab dia beriya-iya nak snap pic dgn Hattan katanya. Last-last penulis jugak yang tegur and mintak nk snap pic. Balik rumah terus kawan penulis Bob macam kecik ati sebab dia pown minat Hattan gak. Habis satu hari suntuk dengar lagu Hattan je hari tu. Tu la dia penangan Hattan kan?

       

Saturday 8 December 2012

Rock Melon?Rock ke tu?

Dah masuk alam pekerjaan dah penulis ni. Baru tau gelagat orang bekerja ni macamane, susah senang, cabaran, kritikan semuanye bercampur menjadi adunan pengalaman. Tak sangka penulis rupa-rupanya dah besar panjang

          Ternyata alam pekerjaan dan alam persekolahan sangat berbeza. Tapi tu la, bukan nak cerita pasal pekerjaan tapi nak citer pengalaman praktikal kat jabatan Pertanian Seremban. 1st impression penulis kerja kat pejabat, wat fail, taip itu taip ini dan susun ini dan itu. Ternyata 360 darjah.meleset. Haha,kerja asyik merayau tengok projek pertanian kat daerah Seremban ni. Kalau cakap je jalan ni jalan tu pokok pangkal sume kena taw la. Seronok woooo..Dapat jalan-jalan, minyak moto pown asyik kena top up je.haha, xpe kan? Demi pengalaman ape salahnya.

Minggu pertama berlalu macam tu je. Sebab supervisor nak gerakkan kitorang skali dengan student praktikal baru masuk minggu lagi satu. "Kitorang"? Ops penulis lupa nak cerita. Ada lagi sorang awek sekali praktikal dengan penulis. Cantik wooo, mata dia menawan. Haha,harap dia tak jumpa post ni. Student baru plak? Pown sama, perempuan jugak.Wah,diapit tu..hehe. Minggu ke 2 kitorang dibawak pergi tengok tapak projek sayur-sayuran. Usahawan yg berjaya memang kitorang cakap "Thumbs Up" la. Sekali harvest atau semusim boley cecah pendapatan sampai berbelas ribu ringgit. Korang bayangkan la..


Projek Cili api.


Yang ni En Samsul, tauke projek fertigasi Rock Melon kat Labu. Hebat woo dia ni. Banyak yang dia cerita pasal Rock Melon. Dia ajar kitorang dari A sampai Z pasal penanaman rock melon. Gambar kat bawah ni pulak pasal pendebungaan bantuan utk rock melon. Kalau dah pakai sistem fertigasi tertutup ni memang takde agen pendebungaan, so kita kena berlakon jadi lebah utk proses pendebungaan. Bunga jantan kecik sikit dari bunga betina. Caranya korang perlu sentuh kan debunga jantan kat bunga betina. Kerja dia ni memang senang tapi kalau dah banyak? Letih jugak kan?




Kat bawah ni biji benih rock melon. En Samsul bukan beli benih sembarangan. Benih ni tak salah dia ambik dari Jepun. Uish...Japan Mari oo...

       
Ok la..stakat ni saja story utk kali ni. Kalau ada sesiapa nak belajar tanam rock melon boley la Pm penulis ye..Assalamualaikum..