Followers

Sunday, 16 March 2014

Felixia Yeap

Assalamualaikum w.b.t.

Just done reading some of Felixia Yap's blog post. Interesting, model berbangsa Cina, dan bukan Islam mengenakan fesyen muslimah. Dah lama dah,mungkin aku yang ketinggalan. Mungkin aku tak peduli sangat, tapi tiba-tiba terdetik hati nak tahu secara mendalam apa yang menarik sangat dengan model ni. Patut lah pun, model yang dah memang cantik, mengenakan fesyen muslimah yang menutup aurat lagi lah cantik kan? Aku pun terus mencari dan mencari dan mencari dan mencari lagi maklumat pasal Felixia Yap, memang menarik untuk diceritakan dalam entri kali ni. Rasanya tak perlu diceritakan siapa dia Felixia Yap sebab semua orang dah tau siapa dia. Entri kali ni aku nak ceritakan apa yang boleh kita contohi dari Felixia Yap ni. Mungkin tak banyak tapi segala entri yang di tulis dalam facebook page beliau sangat aku kagumi sebagai seorang muslim. Jadi, di sebabkan aku malas nak menaip-naip ni, jadi aku pakai snipping tool dan upload je. Senang kan? Haha, to Felixia Yap, I download U punya gambar from your facebook and upload balik dalam blog ni, credit to Felixia Yap.


Bagi aku semua wanita yang menutup aurat adalah cantik-cantik belaka, tahniah kepada semua yang menutup aurat. Teringat aku kata-kata Ustaz Azam al-Kankari malam semalam masa ceramah agama di masjid Kg Chinchin " Kalau orang dah biasa pergi surau, dia akan malu nak buat kejahatan," sama juga macam tutup aurat, maruah akan terjaga dan kita malu nak buat kejahatan. Tapi kalau tutup aurat tapi still buat kejahatan maknanya apa? Maknanya ada something wrong with your heart. Ada yang tak kena dengan hati kita. Salah satu post Felixia Yap yang menarik bagi aku adalah seperti kat bawah.



Tiada yang seronoknya hidup bergelumang dengan dosa ni. Sebab apa, buat dosa takkan habis sehingga kita bertaubat, tapi kalau kita buat kebaikan, InsyaAllah Allah akan bagi ganjaran terhadap kebaikan kita. Mudahnya buat kebaikan ni semudah ABC sebab apa, senyum kat seseorang sahaja dah dapat pahala. Susahnya nak buat dosa macam pergi kelab malam, duit keluar tak kira letih lagi. Senang kan?




Monday, 10 March 2014

Majlis perkahwinan Izwardi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kawan aku, Izwardi dah melangsungkan perniakahan dengan gadis pilihannya, Syarifah Hidayah. Majlis pernikahan beliau berlangsung pada 23 Februari 2014. Majlis telah berlangsung di kampung Daching Ulu, rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Sehari sebelum majlis, kami sempat merancang untuk konvoi ke rumah Izwardi, tapi disebabkan Ayoi jadi pengapit pengantin, dek tersalah maklumat yang majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan bukan di rumah pengantin lelaki di Sg Jai, maka tinggal 4 orang saja konvoi ke majlis tu. Yang kesian bukan apa, Acet terpaksa plak patah balik ke Daching sebab rumahnya dekat je dengan rumah pengantin perempuan, satu kampung. Haha,kesian kau Cet. Antara yang datang ke majlis perkahwinan Adi (Izwardi) termasuklah aku,Acet, Sadiq, Ayoi (pengapit), Azrin, Syaheda, Udin, Hafizah, Syikin dan Mas. Tu semua geng-geng kami jugak, yang lain xdpt nak hadir sebab ada urusan masing-masing. Adi mengenakan baju berwarna Peach masa tu. 


Ramai tetamu datang, tapi kami antara yang awal la. Malangnya kami tak sempat nak pegi masjid untuk majlis pernikahan Adi.


Bawah ni pelamin diorang, simple je tapi cantik.




Ni deh, pengapit Izwardi, abang sado kita.





Ni lah kami dengan pengantin,apa boleh buat, kami masih bujang. Adi pesan, "cecopek kawin, jangan lambek naa kawin." Alamak jodoh belum sampai Adi. Next time giliran kitorang pulak.










Buat Adi, kami semua ucapkan tahniah dan kami doakan semoga kekal ke anak cucu ye? Doa-doakan la kami yang bujang ni cepat dapat jodoh. InsyaAllah.. Assalamualaikum..

Sunday, 9 March 2014

Gathering SKDKP


Assalamualaikum w.b.t.

Aritu kitorang ade buat gathering kecil-kecilan,antara yang datang termasuklah Sadiq, Ayoi, Hariz, Acet, Syaheda, Azrin, Zalika, Natrah dan lain-lain. Maklum la,semua sibuk dengan kerja,  dan yang sambung belajar, tunggu cuti semester baru la boleh buat gathering. Banyak gak topik perbualan kami, bertukar-tukar cerita. Memang seronok kan kalau buat gathering? Ni la antara gambar yang sempat kami rakamkan..











Ni la antara yang datang gathering, masa ni la nak eratkan silaturrahim..











Semoga gathering kali ni dapat mengeratkan lagi persahabatan kita and meninggalkan kenangan untuk kita semua, InsyaAllah..

Thursday, 16 January 2014

Kenapa Nak tutup aurat?

Assalamualaikum w.b.t

Peristiwa ni berlaku masa aku on the way nak balik Shah Alam, berlaku betul-betul depan mata aku. Didn't expect it would be happen, tapi tu lah hakikatnya. Kisah ni adalah kisah benar, memang terjadi depan mata aku sendiri. Ceritanya begini.

Habis je kenduri tahlil kat rumah aku, aku buat keputusan untuk stay sekejap kat rumah. Berkemas-kemas barang kenduri; periuk, kuali, kancah dan macam-macam lagi. Bukan apa, mak ayah tinggal berdua,kalau aku tak tolong siapa lagi nak tolong? Jadi aku buat keputusan untuk balik ke Shah Alam hari Isnin, sehari sebelum Maulidurrasul. Macam biasa la, balik naik ktm komuter. Sesampai je aku kat stesyen Batang Benar, aku pun beli tiket.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak komuter tu and aku terus masuk. Aku nampak 2 orang wanita, mungkin sebaya aku memakai tudung labuh (aku namakan wanita A), pakaian yang sopan, memang sejuk mata memandang. Aku rasa mungkin student IPTA jugak macam aku. Aku duduk seat betul-betul depan diorang. Masa tu taklah crowded, masih ada ruang untuk duduk. Sampai saja stesyen UKM, penumpang mula ramai, berasak-asak masuk ke dalam komuter. Aku nampak seorang lelaki cina 20an dan wanita cina (wanita B) mencari tempat duduk, kebetulan sebelah perempuan bertudung labuh tadi kosong, dia duduk tapi aku nampak mukanya agak merah padam, mungkin tak selesa lalu disuruhnya kawannya (wanita B) yang duduk seat depan duduk di sebelah wanita A. Aku yang melihat terus terdetik "subhanallah" dalam hati. Wanita A terus memandang aku dan tersenyum. Sepanjang dalam komuter, tiada seorang lelaki pun duduk di sebelah wanita A. Cuma penumpang wanita sahaja yang duduk sebelah mereka dan seorang lelaki negro yang duduk, itupun jauh jarak mereka aku perhatikan sehinggalah kami sampai ke stesyen pertukaran KL sentral.



Subhanallah, itulah kelebihan menutup aurat dengan sempurna. Sentiasa selamat dan rasa dilindungi berbanding dengan mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Semoga peristiwa ni akan jadi tauladan untuk kita semua supaya menutup aurat dengan sempurna. Salam maulidurrasul aku ucapkan, assalamualaikum..

Monday, 30 December 2013

Majlis Konvokesyen UiTM

Assalamualaikum w.b.t.

Semua preparation dah ready, almaklum la nak attend majlis yang rasmi la katakan. Alhamdulillah, it's my Graduation Day. Hari aku dianugerahkan dengan segulung diploma. Pagi pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap, sambil tangan tak lepas pegang handset nak call emak aku. Tanya mak dah sampai ke belum ke Shah Alam. Agak risau sebab mak belum pernah jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Sebagai anak, mestilah aku bimbang mak dan ayah aku, takut sesat dan tak sempat nak tengok aku naik ke pentas. Ternyata betul, mak datang lambat sikit, tapi masih sempat sebab giliran aku 800++.

Alhamdulillah,hari tu aku terima anugerah diploma tu. kata orang tak seberapa, diploma je, tapi aku yang membuka tirai majlis konvokesyen family aku, sebab semua adik beradik aku masuk Universiti, Alhamdulillah. Jadi aku abadikan kenangan bersama family aku dalam blog ni.








Sayangnya adik takde masa aku konvo,kalau tak lengkaplah gambar ni kami sekeluarga. Tapi takpe dik, nanti kau boleh datang masa abang konvo untuk degree nanti ok?












Terima kasih atas semua yang terlibat dalam majlis ni, especially family aku yang datang dari Negeri Sembilan, Pak Cik Samad yang bawak family kitorang. Dan tak lupa jugak kawan kawan rumah Gentam, Bob (Noorahiemy Zanuddin), Amir Bidin, Dieyn Majid yang sudi datang ke majlis konvokesyen kami. Next year giliran korang kami datang ok?