Muhammad - terpuji
Faqih - bijaksana
Ajwad - sangat pemurah
Penulis bersyukur,kedua2 insan tercinta selamat, walaupun isteri penulis melahirkan anak secara ceasarean. Dalam tempoh membesarkan anak, penulis banyak menghadapi cabaran, antaranya cabaran pengurusan kewangan,belanja yg semakin meningkat, emosi ibu selepas melahirkan anak dan cabaran membesarkan anak. Penulis banyak belajar mengenai pengurusan anak, setiap momen bersama anak, penulis akan record, ambil gambar setiap bulan. By the way, masa ni penulis bekerja sebagai penolong pengurus cawangan dalam industri peruncitan. Jadi, masa sangat terhad untuk bersama anak isteri. Penulis bimbang, risau terlepas momen-momen berharga bersama anak isteri, jadi setiap aktiviti,penulis akan snap gambar untuk dijadikan kenangan. Baiklah,cukup setakat sini dulu,insyaAllah dalam satu atau dua hari lagi, posting baru akan muncul. wassalam
No comments:
Post a Comment