Followers

Sunday 26 May 2013

Apa yang best kat Lenggeng?

Assalamualaikum..

Cakap je Lenggeng, orang Pilah kompem tau. Senang cakap Lenggeng ni popular la kat bahagian Negeri Sembilan ni. Den la salah seorang dari penduduk kat Lenggeng ni. Pekan koboi, orang cakap. Tapi walaupun kecik, Lenggeng tetap ada keistimewaannya tersendiri. Nak tau ape keistimewaan Lenggeng?



Nasi Lemak Anan. Satu-satunya nasi lemak 5 bintang yang xde kat negeri lain. Kat daerah Negeri Sembilan pown takde nasi lemak ni. Nasi lemak kecik je bungkus dye tapi rasa dye...pergh...terawang-awang di pintu syurga beb.. Memang ummpphh rasanya. Nasi lemak kat Lenggeng ni ada ikan keli dalamnya yang menjadikan ianya begitu popular. Pernah dulu masa praktikal kat Jabatan Pertanian, staff sume order nasi lemak dari Lenggeng. Letih membawak dekat 20 bungkus nasi lemak naik motosikal. Best la jugak bila makan ramai-ramai dengan staff Pertanian.


Orang Lenggeng puratanya adalah orang minang, bila cakap je asal dari Lenggeng mesti orang akan cakap aku orang minang. " Oh...Urang Langgiang". Tu lah kata orang bila dengar je aku asal daripada Lenggeng. Bangga pun ada gak sebab aku memang orang minang, kaya dengan adat. Well, aku rasa setakat tu je kali ni. Ada lagi sambungannya,nantikan ye?