Followers

Saturday 28 July 2012

Juadah berbuka puasa

Assalamualaikum pembaca blog semua. Hari ni 7 Ramdhan 1433H bersamaan 27 Julai 2012. Hari ni penulis agak lewat bersahur sebab salah kunci jam. Habis kelam kabut penulis masak utk sahur. Apa lah kan? Haha, xkisah lah yang penting berkat sahur tu kan. Moga-moga penulis dapat bertahan sampai berbuka puasa nanti

          Penulis rasa macam nak tulis antara kuih yg popular dalam bulan ramadhan ni sbg juadah berbuka puasa. Bila tiba je bulan Ramadhan, timbunan bazar Ramadhan tumbuh macam cendawan. Macam-macam juadah yg dijual utk pelanggan. Kaddang-kadang dek terlampau banyak penulis pown pening kepala memikirkan juadah apa yang patut dibeli utk berbuka nanti. Tak payah nak tipu, korang pown sama macam penulis, rambang mata tengok kuih yg pelbagai jenis dengan air skali.
       


          Antara juadah yang paling popular dijual di bazaar Ramadhan air soya. Pergh, korang bayangkan air soya yg sejuk tu korang teguk. Fuh, lega betul kan? Tu baru satu,yang lain-lain lagi lah, kecur air liur woo...haha,nah tgk gambar kat bawah ni...




Kuih tepung pelita. Antara yang paling banyak dijual kat bazaar. Sedap woo kalo dapat kuih ni..

Kuih keria. Rasanya penulis jarang jumpe ni..rare kot..haha

kuih ni pown sedap gak.

          Best kan byk kuih muih yg djual kat bazaar kan? Memang seronok sebab kadang-kadang kuih yg kita x pernah jumpe pown bley jumpe gak kan. Tu la dye kelebihan bulan Ramadhan, boleh jadi punca rezeki kat peniaga-peniaga. Bagi kita pulak boleh la beli kuih-kuih yg rare ni.
          Tapi tu la, kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur sbb negara ni banyak makanan sampai pembaziran banyak berlaku. Makanan yg tak habis dibuang ke tong sampah. Haa,kenyang tong sampah tu mkn sampah. So,kita perlu jimat berbelanja, beli apa yang perlu bukan beli mengikut nafsu. Penulis pernah dengar ada pak cik kat kampung penulis cakap "orang afrika mati sebab tak makan, orang Malaysia ni mati dek makan". Ada signifikannya kan?


Wednesday 18 July 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum pembaca semua. Penulis rasa bersyukur apabila bulan Ramadhan dtg lagi. Ya, bulan paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana terdapat seribu keberkatan dalamnya. Penulis teringat zaman kanak-kanak dulu bila datang je bulan puasa mesti teruja. Biasalah kanak-kanak kan, kompom fikir nak raya je. Lepas tu fikir dapat duit raya banyak-banyak keliling kampung dgn kawan-kawan, mercun dan macam-macam lagi. Tipu lah kalau korang x fikir macam ni masa kanak-kanak dulu kan? Haha, bila fikir balik kelakar jugak sbb penulis teringat masa tu penulis pernah keluar masuk bilik air asyik berkumur-kumur je.. Lepas tu telan sikit air paip. Kelakar kan? Tapi satu yang paling penulis suka masa bulan puasa masa moreh kat masjid. Macam-macam kuih ada sampai x termakan.

       Bila dah besar puasa dah jadi satu kewajipan kat kita sebagai umat Islam. Dah xde dah puasa "Yang Yok" dah. Dah xde curi-curi minum air kat toilet lagi dah. Tugas kita adalah berpuasa cukup sebulan (yang lelaki la, Perempuan mana boley puasa cukup,Hehe). ok la, penulis rasa kalau nak ceritakan kebaikan Ramadhan ni memang banyak, tak terbaca plak nanti. Hee, penulis wish Selamat Berpuasa kepada semua n selamat beramal ye?

Sunday 15 July 2012

sexy la..



Penulis kagum dengan penghijrahan artis-artis dalam M'sia ni. Yang dulu free hair kini dah bertudung, bukankah manis kelihatan setelah bertudung? Sebagai seorang lelaki, penulis juga memahami naluri wanita yang selalu ingin kelihatan cantik dan menawan, begitu juga dgn lelaki. Kami juga ingin tampil segak dan bergaya depan khalayak ramai. Kecantikan, segak, bergaya, anggun, trendy semuanya adalah sama. Cuma yg membezakannya adalah cara seseorang utk bergaya dan anggun.









          Penulis tahu agak susah utk tiba-tiba bertudung daripada free hair. Satu perubahan yg drastik memang susah utk dilakukan. Sama juga seperti solat. Semasa kecil, kita diajar ttg cara-cara solat yg betul dan disuruh solat ketika berumur 10 tahun. Pada awalnya, memang liat utk solat 5 waktu, tapi bila sudah jadi kebiasaan kita solat, apabila tertinggal 1 waktu solat hati x tenteram, rasa bersalah yg amat pun ada kan? Begitu juga dgn menutup aurat, memang susah pada permulaan, tapi bila sudah menjadi kebiasaan pasti ad rasa bersalah utk mendedahkan aurat.


          Wanita kini sering marah apabila dikatakan simbol seks, memang hina apabila dikatakan begitu. Di negara barat wanita sbg lambang seks adalah perkara biasa. Pergaulan bebas, seks bebas semuanya bebas. Kita punya otak utk menilai baik buruk kan? Apabila diperhati oleh lelaki kita tuduh lelaki tu mata keranjang, gatal dan sebagainya. Walhal kita yg mendedahkan aurat kpd pandangan ajnabi dluar sana. Apabila terjadi kes-kes rogol kita heboh menyalahkan lelaki yang merogol, yang lelaki pulak heboh tuduh wanita menggoda dan sebagainya. Jadi siapa yg salah dalam hal ni?


          Kita punya akal yg dianugerahkan Allah, so, why don't we use it? senang kan?

Monday 9 July 2012

untung ke tak untung?

Hari ni hari Isnin. Well, hari yg kelam kabut sikit. Penulis pasti pembaca semua pown same je, mesti kelam kabut jugak kan? Memang kebiasaan setiap hari Isnin memang kelam kabut sebab ahad cuti melainkan negeri-negeri pantai timur n utara sane. Ahad hari bekerja, sabtu cuti. Hujung minggu bercuti sampai terlupa hari Isnin dah x cuti lagi. Penulis rasa bersyukur dilahirkan dalam negara ni. Aman damai, tiada kekacauan, tenteram dan seumpamanya lah hai. Malaysia memang negara yg selamat utk diduduki sampaikan kadang-kadang kita lupa dunia luar yg sedang bergolak. Terutamanya negara saudara kita Palestin. Kebuluran, pergaduhan, pertelingkahan dan peperangan sudah menjadi kudis dalam hidup mereka. Kita kat sini selalu merungut, ini x cukup itu x cukup kalau nak dibandingkan dgn mereka kat sana.

Kita selalu merungut makanan x sedap la kat sini, tapi berapa ramai kat Palestin yang kebuluran sbb punca makanan yg kurang akibat peperangan. Untung x kita?

Dalam politik pulak kita selalu mintak pendidikan percuma, mansuhkan PTPTN, bagi subsidi itu dan ini, tapi kanak-kanak kat Palestin tu berapa ramai yang x dapat pendidikan sebab peperangan. Untung x kita berbanding diorang?


Kadang-kadang kita leka utk ke masjid utk berjemaah walaupun kat Malaysia ni mana-mana pown ada je masjid. Tapi kat Palestin tu masjid diceroboh tentera zionis, nak sembahyang pown x tenteram lagi dah. Untung x kita kat Malaysia ni?










Kita jugak ada cakap baju ni dah buruk sedangkan baju tu masih cantik dan boleh dipakai lagi. Semuanya nak baru sedangkan kanak-kanak kat Palestin tu baju buruk, compang-camping pown ada. Untung kan kita kat Malaysia ni?


Banyakkan perbezaan kita dan Palestin? So, penulis rasa adalah baik utk kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. Dan lagi satu apa peranan kita sbg umat Islam kepada saudara-saudara kita di sana? Kita perlu doakan kesejahteraan mereka. Semoga mereka dan umumnya umat Islam terus bangkit dan mengembalikan maruah umat Islam.ALLAHUAKBAR!!!

Pilihan



Waktu tu kenduri sepupu penulis. Macam-macam makanan ada w/p sepupu penulis menggunakan khidmat catering. Antaranya yang special cendol. Tengahari panas-panas dapat cendol memang best kan? Ada pulak ais tu dalam cendol tu, lpas tu ada pulak cendol yg hijau2 tu dgn gula merahnya lagi.. Pergh..meleleh air liur tu. Haha, bukan lah penulis nak cerita pasal keenakkan cendol tu, tapi penulis nak ceritakan perihal seorang adik yg penulis jumpa masa kenduri kahwin tu. Ada sorang adik ni, cute je mintak cendol kat penulis. Kebetulan ketika tu bahagian cendol penulis jaga. Adik tu perempuan dalam lingkungan 7 ke 8 tahun, memang comel. Penulis nak je tangkap gambar adik tu n upload dlm blog ni tapi tu la sibuk sgt dgn cendol tu. Kat bawah ni antara dialog penulis dgn adik tu.

          Adik    :  Abang, nak cendol ni tapi nak gula byk2 ye.
          Penulis :  Oh, tak elok dik byk gula ni,nanti rosak gigi
          Adik    :  Ala, letak je la bang.
          Penulis :  Haha,ok la dik.

Tak lama lepas tu adik tu datang lagi.

          Adik    :  Abang, kita xnak yg hijau tu ngan jagung taw. Nak ais, gula dgn santan tu je,ye?
          Penulis : Laa,nak macam tu pulak? Haha,boleh la dik.

Maaf la penulis tak pandai nak olah ayat. Tapi penulis tak tipu gelagat adik tu memang klaka. Tapi penulis terfikir jugak tindakan adik tu, ada signifikannya perangai adik tu. PILIHAN. Sedangkan adik tadi pown pandai memilih, inikan kita yang dah besar ni. Ramai remaja kat luar sana banyak buat pilihan secara membabi buta tanpa memikirkan akibat daripada pilihan mereka tu. Ada dalam kalangan remaja dapat peluang terhidang tapi sia-siakan peluang tu.Allah s.w.t kurniakan kita akal untuk buat pilihan tapi kenapa kita sia-siakan anugerah Tuhan yg paling besar tu? Jadi cuba renung-renungkan hidup anda,adakah betul pilihan yg anda buat dalam hidup anda?

Friday 6 July 2012

Anda yg terpilih

Lama x update blog ni. Dek kesibukkan sepanjang berada di kampus, memang x sempat nak update blog ni. Penulis hari ni tertarik utk bercerita mengenai orang-orang yang berjaya. Percayakah anda Bill Gates hanyalah orang biasa sebelum menjadi CEO syarikat microsoft? X perlu contoh jauh-jauh, Nabi Muhammad s.a.w. juga dahulu seorang yg buta huruf sebelum diangkat menjadi nabi dan membawa perubahan dalam pembangunan umat Islam.


          
           Penulis percaya setiap orang ditakdirkan utk berjaya. Percayalah anda salah seorang orang yg berjaya, buktinya dalam berjuta-juta sperma yang bersaing utk bercantum dgn ovum, anda yg paling kuat dan berjaya bercantum dgn ovum. Nah, nampak kan buktinya yang anda seorang yg berjaya? Dari awal lagi kita sudah berjaya.



         Apa kata kita teruskan kejayaan kita dalam dunia malahan akhirat. Anda boleh berjaya, sama juga seperti penulis. Ayuh kita buktikan kita adalah orang yg berjaya. Apa yang kita perlukan cumalah satu motivasi utk berjaya. Jangan malas utk bergerak dan mencapai cita-cita anda, OK?