Followers

Thursday 17 September 2015

Aku Penunggang Motosikal

Assalamualaikum w.b.t

Seriously lama woi tak update blog ni. Memang dah abih dah idea haa nak nulih(menulis) ni. Alhamdulillah laa ado gak bondo eh nak ditulih an haa. Ni cito pasal penunggang motosikal lah ni. Okay okay, cakap pekan sikit. Aku dah lama dah tunggang motosikal ni. Risiko memang banyak bab-bab menunggang motosikal ni. Cuaca, memang biasalah. Kalau hujan kuyup, kalau tak hujan kering lah. Haha, kalau nak diceritakan risiko tunggang motosikal ni budak terencat darjah 5 pun boleh cerita panjang lebar bab risiko ni.

Point yang aku nak HIGHLIGHT kan kat sini adalah timbang rasa pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Sepanjang aku bawak moto kat Melaka dan Johor ni, dah 34* kali dah kena potong sipi-sipi. Memula kena tu kira boleh sabar jugak lah, Husnuzzhan lagi mungkin tak dapat nak agak memotong tu, tapi kalau dah banyak kali tercarut jugak mulut ni dek terkejut memotong sipi-sipi ni. Dah lah laju memotong, dalam hati dah " Apo cilako bona orang bawak kereto ni?! Setan boto lah!!". Agak-agak kau buat kat 40 orang macam aku ni, mau termakbul memang cilako lah kau kan? Kalau aku bawak superbike memang dah kena kejar dah kau, aku ikut sampai rumah nak tampar je sedas dua. Apakan daya bawak moto kapcai je, terpaksa lah bersabar.

Memang geram attitude macam ni, takde timbang rasa kat penunggang motosikal, cuba kau bayangkan kau kena macam aku ni, kalau tak abah kau ke, adik kau ke. Di buatnya pulak ada lemah jantung ke mau tak berbuih mulut kat atas moto, malahan boleh menyebabkan kemalangan. Selalu aku perhatikan, kadang-kadang nak jugak bawak ketengah jalan sikit bagi pemandu kereta ni tahu jalanraya kat Malaysia ni lebar, banyak ruang nak memotong. Tapi itu lah, motosikal ibarat mentimun, melanggar tak boleh, dilanggar lagi lah parah. Selalu heboh penunggang motosikal tak berhati-hatilah, samseng jalanan lah. Tu semua alasan tu, double standard je. 

Nasihat aku akhir sekali, di atas jalanraya, kena sentiasa rendah diri. Nyawa orang beb atas jalan ni. Kereta kau besar ke peduli apa aku, toksah nak berlagak sangat, esok mati naik van jenazah jugak. Haha, jadi berhati-hatilah diatas jalanraya. Bersepah nyawa orang atas jalanraya ni.

Sekian, buat masa ni. Wassalam..

*statistik berdasarkan kiraan matematik sekolah rendah

Thursday 7 May 2015

Bijak Menabung

Assalamualaikum w.b.t.

Seriously, lama betul tak update blog ni. Memang aku habis idea nak tulis apa dalam blog ni. Ditambah pulak dah masuk semester 5 ni berlambak-lambak assignment nak dibuat. Jadi, alhamdulillah malam ni aku berkesempatan untuk menulis entri kat sini. 

Dah masuk sem 5 ni, akal dah terarah untuk berfikir ke masa depan, apa akan dilakukan pada waktu akan datang, kerja dan keluarga. Memang ramai dah kawan-kawan yg bekerja malahan telah mendirikan rumah tangga. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat, malahan usaha yang setimpal perlu dilakukan. Dalam pada menghabiskan sisa-sisa pengajian ni, aku banyak berfikir tentang pekerjaan yang sesuai dengan lulusan dan kudrat serta kemampuan aku. Bukanlah memilih tapi perancangan itu perlu.

Jadi, aku tertarik untuk menceritakan serba sikit mengenai buku yang aku beli dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC hari tu. Buku ni memang sesuai untuk dibaca bagi setiap peringkat umur. Aku agak tertarik dengan buku ni bukanlah sebab apa, mula-mula sekadar menghabiskan baucer buku, itulah niat aku. Rugi rasanya kalau tak dipakai, macam tahun lepas rugi rasanya baucer RM50 tak dipakai sebab dah rosak, biasalah lelaki. Apa-apa barang simpan dalam dompet, bila hujan basah. Maka rosaklah baucer tu. Jadi tahun ni, keseluruhan baucer aku gunakan untuk beli buku dan alhamdulillah, aku jumpa satu buku yang memang amat-amat berguna.

Tajuk buku tu adalah "Cukupkah Wang Anda" yang ditulis oleh Hajjah Rohani Datuj Hj Mohd Shahir. Tajuknya saja dah cukup menarik minat aku. So, aku bacalah. Buku ni memang banyak iktibar malahan panduan serta kepentingan menabung dan melabur duit. Aku tidaklah berminat untuk melabur sebelum ni. Satu dek aku masih belajar,belum ada sumber pendapatan lagi malahan berhutang pulak tu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah kewangan aku cadangkan supaya baca buku ni, insyaAllah dapat sedikit sebanyak ilmu mengenai tabungan untuk masa depan. Dari awal lagi Hajjah dah ceritakan tentang kepentingan menabung dan melabur dalam bukunya. Bagi aku, buku ni sangat-sangat membantu aku dalam menguruskan kewangan. Banyak kira-kira yang ditunjukkan dalam buku ni, jika mengikut disiplin dan rajin menabung. 


Jadi, korang semua patut beli dan baca buku ni. Memang menarik untuk dibaca. wassalam.