Followers

Tuesday 22 January 2013

Nostalgia 2

Haaa, jom kita mengimbau kenangan masa kanak-kanak dulu. Post yang lepas penulis ada citer pasal pengalaman penulis bersunat kan? Kali ni penulis akan sambung cerita zaman kanak-kanak penulis ye?

Rasanya habis dah cerita pasal bersunat tu. Apa? Nak penulis sambung gak cerita tu? Ish....yela-yela, penulis sambung ni. Petang tu jugak penulis kena sunat. Sakitnya tak boleh nak cerita laa...memang pedih. Yang perempuan mana rasa pengalaman bersunat kan? Wahahaha,semalam penulis ada ternampak mat salleh buat alat simulasi wanita bersalin, dapat la merasa macamane pengalaman wanita bersalin kan. Tapi tu la mat salleh tu tak cipta alat simulasi orang bersunat, jadi kaum hawa, sorry la tak dapat nak merasa pengalaman kanak-kanak lelaki. See, that's what special about boys.

Ramai yang melawat penulis masa lepas bersunat. Semua orang bawak duit nak bagi kat penulis sbg sedekah ataupun hadiah sebab dah bersunat. Wah,penulis dah besa..Bak kata Tok Dalang dalam cerita Upin Ipin "Bila dah sunat, boleh sembahyang kat depan." Haha, best kan? Masa lepas berkhatan tak boleh nak makan sesuka hati, kalau tak alamatnya bentan la. Lagi parah kalau bentan. Nak makan pown kena makan sup ikan haruan je yang elok. Kata orang sup ikan haruan sangat bagus kalau nak rawat luka ni. Betol tak betol tu wallahualam. Seminggu terbaring memang bosan la. Ok, habis cerita pasal sunat.

Masa zaman penulis, setiap permainan ada musimnya tersendiri. Tapi yang paling best penulis rasa zaman gasing. Haaa,gasing jantung. Dulu penulis tinggal kat rumah arwah nenek penulis. Alfatihah untuk nenek penulis, meninggal sebab stroke kira-kira 2 tahun lalu. Masa penulis semester 2 kat uitm. Haaa,berbalik cerita gasing tu. Masa tu orang main gasing kayu lagi, memang best kalau dapat pakuk dan pecah an gasing orang lain. Penulis masa tu agak kekok main gasing. Maklum la kanak-kanak zaman millenia. Kena belajar sikit kalau nak main gasing ni. Gasing pertama penulis dah pecah dah. Ada abang tu pakuk gasing penulis sampai kopak habis dah. Gasing tu penulis kirim kat kawan penulis. Dia yang belikan dengan harga RM1. Dulu penulis hidup susah, tapi penulis kumpul duit nak beli gasing tu. Setiap hari penulis kumpul 20 sen nak beli gasing punya pasal. Duit belanja masa tu 50 sen je. Bayangkan macamane penulis kumpul duit kan? Tak sama dengan budak2 sekarang..Semua senang. Mintak je semua mak ayah belikan, terus dapat kan.


Zaman gasing adalah zaman yang mula-mula sekali dalam pusingan mainan kanak-kanak penulis. Masa tu ada sorang brader tu, Farid nama dia. Dia punya gasing memang hebat laa. Gasing dia sorang je yang pakai kayu yang keras sekali dalam kampung penulis. Sekali kalau dia dah pakuk, memang terbelah la gasing budak lain. Tapi nasib penulis baik, gasing penulis tak pernah la pecah. Best sangat main gasing, kadang-kadang tu sampai kena marah la dek main gasing je. Pernah sekali mak penulis sorok an gasing penulis sebab nak exam. Degil kan?haha





Monday 21 January 2013

Nostalgia

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba penulis teringat zaman kanak-kanak dulu. Ya, zaman kanak-kanak yang pernah penulis kita semua lalui. Zaman yang seronok, penuh dengan keseronokkan dan tanpa masalah. Penulis pasti korang pown mesti pernah kan mengalami zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kan? Entah-entah lagi seronok dari zaman kanak-kanak penulis. Hari ni penulis nak ceritakan pasal pengalaman penulis semasa kanak-kanak yang paling best sekali dalam hidup penulis.

# Berkhatan


Sunat?! Uish, perkara yang paling menakutkan dalam hidup seorang kanak-kanak lelaki. Bila cerita pasal berkhatan, semua budak rasa kecut perut dek membayangkan Tok Mudim yang digambarkan berwajah garang. Yang tak boleh bla tu Tok Mudim bermisai dan menakutkan. Eh,rilek2..Penulis tak berkhatan dengan Tok Mudim pown. Dah zaman milennium mana nak pergi kat Tok Mudim. Pergi klinik je. Bila dengar je ayah penulis nak penulis berkhatan, pergh...macam nak tercabut jantung.."Abis laa aku kena sunat ni,macamane ni ha" keluh penulis. Sejak dengar pasal sunat je, penulis tak tentu arah. Tapi takpe, nak mengekalkan ke'macho'an penulis, wat tak tau je la. Senyum sokmo. Sebelum berkhatan ayah penulis buat sedikit kenduri kesyukuran sempena penulis nak berkhatan. Banyak dapat duit, tu la dia salah satu nikmat bagi budak-budak yang berkhatan. Banyak betul, masa zaman kanak-kanak RM10 pown dah cukup besar bagi penulis. Dah kaya dah masa tu kalau dapat RM10. Tapi penulis dapat lebih.hahaha..

          Sampai hari tu, penulis dah gelabah ayam dah. Tiba-tiba je ayah penulis cakap "Jom pi ngoca ikan"( ngoca tu maksud dia tangkap ikan). Kebetulan hari penulis berkhatan ada pulak kawan ayah penulis ada keringkan kolam ikan, Apa lagi bersorak la penulis. Bajet tak jadi sunat sebab tolong orang tangkap ikan. Wohooo!!Merdeka. Tak payah sunat. Memang best, banyak ikan dapat penulis tangkap. Ikan tilapia, tongsan, sepat haruan macam-macam lagi laa. Sampai lupa hari tu nak sunat. Dah senang hati dah masa tu tak jadi sunat. Bila balik je petang tu penulis dah mandi wangi-wangi dah masa tu, tiba-tiba je ayah penulis bawak pergi klinik. Mak aihhhh, terkejut beruk masa tu. Tiba-tiba je sunat. Dah sah penulis kena kencing ngan ayah penulis saja bawak pegi tangkap ikan. Haha,kelakar betul la masa tu. 

Akan bersambung....

Sunday 20 January 2013

Jom kita berfikir rakyat Malaysia!!

Assalamualaikum pembaca n follower blog "Fikri Basir". Penulis dah lama ingin sangat post sesuatu yg baru tapi alangkah kecewanya penulis ketandusan idea dan ape yg penulis taip sumenye jadi draft je. Haha,ape nak buat kan? Hari ni penulis nak ajak anda semua berfikir mengenai hidup kita yang bermasyarakat. Jom kita tengok situasi ni.

#Situasi 1.

Proses untuk menjeruk rebung adalah dengan merendam rebung yang telah dihiris ke dalam air basuhan beras. Ni utk mengelakkan rebung menjadi masam dan hitam, jadi rebung mesti direndam dalam air beras utk mengekalkan rebung yang putih dan tahan lama. Korang pown buat jeruk rebung dan menjual ke kedai runcit org melayu. Masalahnya rebung tu kalau tak tukar airnya 3-4 hari sekali rebung akan hitam sedikit. Jadi selepas seminggu korang datang untuk melihat samaada rebung yg korang hantar dah habis dijual atau tidak, tapi tuan kedai marah dan mengembalikan rebung korang disebabkan sudah hitam kerana tidak ditukar airnya. Tuan kedai marah seakan-akan korang menipunya walhal salah dia sebab tak tukar air.

#Situasi 2

Korang sedang menunggang motosikal utk pulang ke rumah. Korang cuba utk memotong sebuah kereta yg dipandu perlahan tapi pemandu kereta tu terus memecut kereta mereka seakan-akan tidak mahu korang memotong mereka. Apabila korang tak jadi memotong dia kembali perlahan dan korang cuba memotong kembali, dan pemandu tu terus memecut.

#Situasi 3

korang berjumpa anak buah korang dalam satu majlis kenduri tapi malangnya anak buah korang langsung tidak menyapa dan tidak bersalam dengan korang yang merupakan Pak Cik/Mak Cik mereka.

Korang pernah berdepan dengan situasi tu? Semua situasi tu pernah terjadi dan penulis berhadapan dengan situasi tu. Jom kita buat hipothesis sikit mengenai situasi diatas.

#Situasi 1.
Sebagai peniaga, setiap barang yang kita jual mestilah dijual dgn bersungguh-sungguh. Bagi penulis pak cik tu tak patut marah penulis sebagai peraih dan pembekal rebung tu. Sepatutnya dia mesti tukar air rendaman rebung tu agar rebung terus kekal elok. Tak kan nak tunggu pembekal tukar air rebung tu kan?



#Situasi 2.
Sebagai pemandu yang berhemah, korang mesti bagi laluan kepada orang yang memotong tu. Boleh jadi diorang ada urusan penting yang perlu dilaksanakan. Kalau korang tak bagi laluan,mungkin boleh jadi kemalangan dan membahayakan diri penunggang motosikal tu dan itu juga salah satu cara untuk menunjukkan attitude korang.

#Situasi 3.
Sebagai anak buah korang mesti hormat pada pak cik atau mak cik korang. Asalkan namanya saudara, korang mesti hormat sebab itu menunjukkan kekeluargaan korang.



Berdasarkan situasi tu korang nampak tak peranan budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat. Memang masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasanya, tapi budi bahasa tu semakin lama semakin terhakis. Kalau korang perasan kat TV sekarang banyak iklan pasal kempen budi bahasa. Adakah kita nak dunia yang kacau bilau, budak kecik mengherdik ibu bapa mereka? Kita pasti tak nak kan? Jadi apa yang kita perlu buat sekarang adalah berhati-hati dengan apa yang kita cakap dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata dan tindakan kita. Budi Bahasa Budaya Kita. Assalamualaikum..

Wednesday 9 January 2013

Dunia yang Kecil


Assalamualaikum pembaca semua. Sudah agak lama penulis tak menulis dan meng"update" blog ni. Rupa-rupanya penulis terlampau sibuk dgn praktikal di jabatan pertanian Seremban. Dek kekurangan masa dan bil broadband pown tak berbayar + laptop takde, memang tak sempat penulis nak menulis. Alhamdulillah minggu ni penulis telah ditugaskan utk menjalani praktikal di Starfresh Agrofarm yg terletak kira-kira 10 minit dari bandar Seremban. Ala, jalan ke Kuala Pilah tu. Tempat ni memang best.


                         

Ada macam-macam kat Agro Park ni. Korang boleh petik buah belimbing, ada pokok buah-buahan yg macam-macam spt durian, margisa (xtaw btol ke tak ejaan) n beruk pown ade gak. Kat sini adalah salah satu kawasan pelancongan yang mana korang boleh menempah pakej atau event. Harga dia pulak boleh tahan la. Harga standard la kawasan pelancongan ni kan. Lepas tu kalau korang buat event kat sini bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bukan sahaja berbentuk pertanian, tapi industri pembuatan pown ada jugak. Korang boleh belajar buat jem, buat labu air, dan buat sabun kat sini. Tapi yg paling best kat sini adalah aktiviti paint ball. Terdapat gelanggang disediakan dan bayaran dikenakan adalah berpatutan.

          Ececeh, dah macam promoter pulak kan? Memang nak promote pown sebenarnya. Pssst, nak taw ssuatu tak. Sampai kat sini penulis jumpa sorang bekas pelajar UiTM kuala pilah, Zatil Athirah. Ala,setakat jumpa senior kan. Sape heran? Haha, sebenarnya akak tirah orang kampung penulis, yang kelakarnya penulis tak taw pown dye orang kampung penulis. Rumah nenek dia betul2 dekat dengan rumah nenek penulis. Kelakar kan? Apa la penulis ni, jiran sendiri pown tak kenal. Sebenarnya banyak jugak individu-individu yang penulis jumpa yang mana kadang-kadang diorang pown saudara penulis. Antaranya abang nafjit, jumpa kat kursus yang RISDA anjurkan kat Pahang.

          Kat bawah ni antara gambar yg penulis tangkap kat Starfresh Agropark..




Mintak maaf la penulis takde camera DSLR. tgkap paki fon je.hehe,ok adios...