Followers

Tuesday 28 August 2012

Anda seorang yang gagal?

Korang pernah rasa kegagalan? Aku taw semua orang pernah rasa kegagalan. Pahit kan rasa dia? Aku tak pernah dengar orang berguling-guling bersorak  melompat-lompat bila gagal. Kalau boleh menangis semahu-mahunya. Kegagalan aku yang pertama adalah semasa di bangku sekolah rendah lagi. Bermacam-macam kegagalan aku lalui. Dari yang kecik sehingga sebesar-besar kegagalan pernah aku lalui. Dari kegagalan menyiapkan kerja rumah  sehingga UPSR. Aku akui aku pernah menangis sebab tak siapkan kerja sekolah depan kawan-kawan. Yelah, masa kecil aku agak manja dan mudah menangis. Macam perempuan kan? Aku tak malu menangis disebabkan kegagalan aku. Sebab semuanya memang salah aku, aku merupakan seorang yang gagal ketika tu. Gagal menyiapkan benda alah yg dinamakan "Kerja Rumah" tu.

          Itu baru kegegalan aku yang paling kecil aku rasakan. Kegagalan aku yang agak besar semasa dalam darjah enam. UPSR memang ditakuti oleh semua murid termasuklah aku sendiri. Target 5A memang sukar untuk dicapai, apatah lagi bagi murid biasa seperti aku ni. Nak dikatakan pandai tidaklah pandai mana, bukanlah segenius kawan-kawan aku yang dapat straight A's. Cikgu Suzila ketika tu sangat tegas, sering membuat kepala aku pening dengan latihan-latihan matematik yang betul-betul membuat aku tertekan. Natijahnya, aku cuma mendapat 4 A 1 B sahaja. Subjek Matematik aku dapat A, tapi apa yang membuat aku kecewa adalah subjek yang paling aku sukai iaitu Bahasa Inggeris. Ya, memang aku minat subjek Bahasa Inggeris. Aku selalu dapat A dalam subjek tu, tapi UPSR ternyata mencabar gred yang aku harapkan. Cuma dapat B sahaja. 

          Kalaulah aku dapat 5A kemungkinan aku dah dapat tawaran belajar ke MRSM. Memang idaman aku nak belajar di MRSM, tapi kini tu semua tinggal bayang-bayang sahaja. Semuanya hancur lebur, tinggal kenangan sahaja semua tu. Aku dapat tawaran belajar di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. Di situ tinggallah aku dalam tarbiyah Islamiyah. Suasana tenang dan nyaman di situ. Aku rasakan mungkin aku akan berjaya di situ nyata meleset tekaan aku. Aku gagal lagi dalam PMR. Aku akui kegagalan aku untuk skor dalam PMR. Ayah ternyata kecewa apabila subjek geografi aku gagal untuk dapat A. 9 A hanya angan-angan aku, akibat kemalasan dan kelembapan aku belajar aku hanya dapat 6A 2B 1C. Ayah cakap sepatutnya aku boleh dapat 7A, tapi aku mengecewakan ayah. Ternyata jelas air muka ayah yang kecewa dengan kegagalan aku. Tapi tak mengapa, aku berjanji dgn diri aku sendiri untuk tidak berputus asa untuk memperbaiki kegagalan aku dalam SPM.

          SPM- satu bencana buat aku. Inilah dia kegagalan yang paling besar dalam hidup aku. Aku tidak menjangka keputusan SPM aku seteruk ini. Peperiksaan yang menentukan jalan hidup aku ternyata membuktikan aku masih di tampuk kegagalan. Ini disebabkan aku terlalu enjoy dengan hidup aku, aku alpa dan lalai selepas menduduki PMR. Aku sering keluar kelas semata-mata untuk dapat sijil kokurikulum yang tidak sepenting mana jika dibandingkan dgn SPM. Aku bertengkar dengan kakak aku yang selalu berleter demi kebaikkan aku. Aku terumbang-ambing selepas mendapat keputusan SPM. Aku seakan-akan tidak percaya dengan keputusan tu. Aku mula terbayang masa depan yang malap dengan keputusan SPM tu. Namun dengan kuasa Allah aku berjaya menyambung pelajaran di UiTM Kuala Pilah.

          Pada mulanya cerita aku ni seperti aku seorang yang berputus asa dan seorang yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang aku miliki. Tapi sebaliknya berlaku. Aku gagal dapat 5A, takpe sebab aku masuk SMKA SHAMS. Aku bangga dapat masuk sekolah yang top dalam Negeri Sembilan malahan antara SMKA yang terbaik dalam Malaysia. Aku gagal dapat 5A bukan bererti aku gagal dalam seumur hidup aku. Aku belajar agama di sana dan aku tahu Halal Haram kehidupan Mungkin tak banyak ilmu agama yang aku pelajari tapi aku tahu aku boleh menjawab apa sahaja soalan yang basic dalam agama Islam. Mungkin kalau aku masuk MRSM aku tak seperti ni, mungkin aku cetek dalam ilmu agama dan hanyut dalam syurga duniawi ni. Mungkin warna rambut aku juga perang tidak hitam seperti sekarang. Bukan menuduh pelajar MRSM begitu tapi mungkin pendirian aku tak teguh dan terikut-ikut budaya orang.
          
          Aku juga gagal dalam PMR bukan sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang gagal, tapi Allah nak aku belajar lagi di situ. Aku tak tahu perancangan Allah tapi aku tahu ada hikmah disebalik kegagalan aku dalam PMR. Banyak aku pelajari di sana, tentang hukum hakam, malahan aku tahu aku mampu menjadi imam kepada isteri aku jika aku berkeluarga nanti. Allah juga tahu sebab aku tak dapat banyak A dalam SPM sebab Allah tentukan masa depan yang baik untuk aku. Aku kini belajar di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengurusan ladang. Aku bangga dapat belajar dalam jurusan tu sebab memang aku minat jurusan tu. Ternyata aku tidak perlu risau dengan perjalanan hidup aku sebab Allah dah tetapkan rezeki aku dari Azali lagi. Disini aku ingin berpesan kepada sehabat-sahabat, adik-adik yang masih belajar. Jangan risau jika anda gagal, tapi anda patut risau jika anda tidak bangkit dari kegagalan tu. wallahualam.

          

Monday 27 August 2012

go Hobin Jang Hobin!!




          Nah,sekali lagi Piala berprestij kembali direbut oleh semua pasukan yg layak. Turut terlibat sama pasukan Negeri Sembilan yang merupakan juara tahun lepas. Hebatkan? Tahun ni Negeri Sembilan turun dgn jentera yang diketuai oleh kapten Shukor Adan. Tunggak utama jentera serangan pulak skuad Jang ada Effa Owona, Shakir Ali yang merupakan antara penjaring terbanyak Liga Super 2012. Firdaus Azizul pown turut sama membantu jentera serangan. Hehe, secara peribadinya antara pemain skuad Jang yang penulis minat adalah Shahurain Abu Samah dan S Kunanlan. Dua-dua pemain ni kecik je tapi semangat dye memang penulis puji la. S Kunanlan tu kalau dapat bola dye punya gelecek..Pergh,terbaek la penulis cakap. Memang suka penulis tengok. Haha, kawan penulis lagi la fanatik, siap panggil abang kuna lagi haa, tiap kali game dye datang siap tangkap gambar lagi dgn dye. Fanatik sangat kan?

Ni la dia antara tonggak utama skuad Jang.

Nak dijadikan cerita penulis ada sekali ikut ayah penulis tengok perlawanan kedua Piala Malaysia. Negeri Sembilan vs Sime Darby. Penulis belum pernah jumpa penyokong berbangsa India dtg stadium. Kira rare jugak la nampak penyokong bangsa lain ni . Sokongan yang dia kasi memang betol-betol membagi semangat la, cara cakap dye macam orang negeri tulen la penulis cakap. Yang kelakar tu, ad sekali dye marah sampai keluar cakap tamil dye. Habis tergelak sume orang dekat-dekat situ. Ni la yg dnamekan 1Malaysia punya semangat.

penyokong Jang.

Taun ni Skuad Jang ada misi yang penting. Penulis doakan skuad Jang berjaya mempertahankan Piala Malaysia taun ni.Go Jang!!

Thursday 23 August 2012

Hari Raya 2012


Assalamualaikum pembaca n follower blog "Drama Petang". penulis tak berniat nak tulis panjang-panjang hari Raya Aidilfitri ni. al-Maklum la terlampau banyak makan kuih n lemang n remdang,perut jadi penuh n x larat nak taip panjang-panjang. Jadi penulis nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir n batin jika ada kesilapan,kok terguris perasaan akibat penulisan blog ni.

Tahun ni baru merasa baju baru. Hensem x?hehe

ni masa konvoi raya 2012. Memang best sgt jumpe kawan-kawan lama. Dari Kiri: Zahirah, Mardhiyah, Nadtrah, Noor Mala, Hidayah, Fikri (saya), Ayoi, Sadiq

Ni awek penulis..haha,ni kakak penulis laa, Normala. Cantik x dia?

 Yang kat tengah-tengah menyibuk tu adik penulis, Afidah.

angpaw hari pertama.

ni tak taw ape nak cakap..hehe

Umur dah 20 taun pown dapat duit raya lagi..hehe

Tahun ni penulis rasa Hari Raya terbaik drpd taun-taun lpas. Sebab ape? Penulis pown x taw la sebab seronok tu datang sendiri. Penulis tak paksa seronok tu datang, tapi dia datang jugak. Takkan nak halau pulak kan?hehehe, ok la penulis ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya n jangan main mercun (penulis pun main mercun jugak,hehe)..

Thursday 9 August 2012

Juadah yang korang tak kan jumpa di hari raya

Assalamualaikum pembaca semua. Anda sehat? Sudah sahur? Kalau sudah, elok la. Hari ni dah masuk 20 hari puasa. Maknanya ada lebih kurang 9 atau 10 hari lagi umat Islam akan menyambut hari Raya Aidilfitri. Segala persediaan sudah mula dilakukan terutamanya kaum ibu, masing-masing sibuk mengemas rumah dan menghias rumah dan yang paling penting menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka. Tak kurang juga keluarga penulis, walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan masing-masing, setiap kali menjelang raya, rendang ayam menjadi juadah yg paling penting bagi keluarga kami. Bagi penulis, raya kami tidak sempurna jika tiada rendang ayam. Penulis pasti anda juga pasti ada juadah yang penting dalam menyambut hari raya kan?

         Dah 20 tahun umur penulis, maknanya dah 20 kali la penulis beraya. Setiap rumah yang penulis kunjungi semuanya tiada yang berbeza, semuanya seakan sama sahaja style juadah. Yang berbeza hanya lah balang kuih, tekstur dan rasanya sahaja yang berbeza. Apa yang penulis cuba highlight kan kat sini adalah antara juadah yang mungkin korang xkan jumpa di hari raya. Tak percaya? Cuba lah cari kalo ada, memang korang bertuah sangat2.

Antara juadahnya adalah: 

1. Kentucky Fried Chicken KFC

KFC adalah salah satu juadah yang korang xkan jumpa di hari raya pertama. Walaupun cara makan KFC mengikut sunnah (eh,korang taw x?Kan trademark KFC sedap sehingga menjilat jari, ye tak?) korang takkan jumpa punya melainkan kat rumah perdana menteri ataupun jutawan sahaja yang berani kasi. Sebab ape korang takkan jumpa? Cuba korang bayangkan kalau seratus orang datang rumah korang larat ke nak hidang KFC?haha, rabak la dompet tuan rumah tu.

2. McDonald

McDonald pown lebih kurang jugak dengan KFC.haha, takde alasan lain untuk tuan rumah nak belikan McD utk korang masa hari raya.

3. Ramly Burger


Burger? haha, lagi la tak logik nak hidangkan masa raya. Orang datang nak makan kuih raya, ada pulak buat burger kan nak raya. Yang ni memang payah nak jumpa, melainkan korang pegi kat gerai burger baru jumpa.

4. Pisang gorang

Yang ni pown penulis rasa takde jugak sebab pepagi raya orang akan cari rendang ayam, diorang xcari goreng pisang kan? Minum petang boleh la buat goreng pisang. Takkan nak pegi rumah orang hari raya nak makan goreng pisang? Takkan goreng pisang je kowt tuan rumah kasi, mesti nak lain sikit kan?


        Juadah hari Raya Aidilfitri memang penting dalam hari Raya. Memang adat kaum Melayu dan orang Malaysia apabila raya adat kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Tak kisah la juadah ape pown yang disediakanoleh tuan rumah itu semua tak jadi masalah bagi kita kan? Yang penting di hari Raya kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.





   

Sunday 5 August 2012

Bagaimana untuk dapat dekan?

Ramai pelajar masa kini gemar meggunakan masa-masa terakhir untuk mengulangkaji pelajaran. Nak taw sebab apa? Sebab dyorang blaja utk exam, bukan utk ilmu. Haa, penulis ad beberapa tips utk memudahkan korang skor dalam exam korang. Tips ni memang penulis bagi khas untuk korang yang ingin dekan pada setiap semester. Bagi yg "freshie" tu boleh cuba jugak..Jangan segan jangan malu ye.


          Bagi soalan objektif, terdapat beberapa teknik menjawab yang efektif. Memang penulis belum cuba teknik ni tapi peratus kejayaan teknik ni adalah sangat tinggi iaitu 99%.

1. Dadu


Dadu sgt berguna dalam menjawab soalan objektif. Peratus utk betul menjawab soalan objektif agak tinggi. Teknik ni sangat popular sejak zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramli lagi. Anda tak percaya? Cuba tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok. Tapi dia tak guna masa exam la sebab kat negara arab dulu-dulu takde final exam mcm sekarang. Tapi dadu ada 6 muka, so korang tulis la dwi pilihan kat lagi 2 muka dadu tu. Tapi ada satu nasihat la untuk calon-calon peperiksaan. Kalau nak guna dadu, tolong jangan baling jauh-jauh sebab nanti kantoi dengan pengawas peperiksaan.

2. Pensel



Teknik ni pown lebih kurang sama dengan teknik dadu tadi. Cuma teknik ni lebih selamat la dari teknik dadu tadi. Orang tua-tua cakap lebih "secure" la. Tuliskan option atau pilihan jawapan kat pensel tu setiap segi pensel tu. Lepas tu korang golek-golek kan la pensel tu. Tapi satu je la pesanan penulis kat korang yang cuba teknik ni, jangan beli pensel yg bulat, nanti xde sudut nak tulis pilihan jawapan kat atas pensel tu.

3. Bahasa muka


Teknik ni perlukan beberapa orang kawan untuk menjayakannya dalam menjawab soalan objektif. Setiap orang perlu menghafal bahasa isyarat seperti gambar diatas. Tapi kena pandai la gunakan teknik ni takut masing-masing tiada jawapan untuk dikongsikan, so parah la kat situ..


         Bagi menjawab soalan subjektif pulak, ada beberapa teknik yang harus dipelajari bagi menjawab soalan dengan tepat dan cepat. Tapi agak extreme sikit dari teknik menjawab soalan objektif.

1. Tengok jawapan member kat depan

Teknik ni boleh digunakan semasa menjawab soalan subjektif. Sedikit persediaan seperti menyediakan julab dalam makanan pengawas peperiksaan adalh perlu sekiranya terdesak sangat. Teknik ni boleh digunakan jika pengawas peperiksaan betul-betul tiada utk mengawasi anda.

2. Nota Kuku

haa,ni yang agak semart la penulis cakap, walaupun terhad tapi sangat efektif dan kreatif. Anda boleh tulis apa saja formula atas kuku anda tapi pastikan anda bukan seorang yang rabun untuk kaedah ni. 

3. Nota Kasut

cara ni elok rasanya tak payah buat sebab anda akan nampak seperti orang bodoh sebab pegang kasut macam orang gila. Yang ni penulis tak syorkan sebab kalo anda bukan jenis pembersih kompem satu kelas boleh pengsan disebabkan bau kasut anda.

Haaa, tu dia cara-cara nak dapat dekan setiap sem. Tapi anda semua kalau berani buat lah macamni sebab apa yang anda pelajari hanya akan jadi sia-sia sebab ilmu tu tak berkat, kan?

Penulis pernah chat dengan ustazah penulis, ustazah Mislizah namanya. Ustazah tu pesan kat penulis belajar rajin-rajin n jangan hampakan harapan mak ayah kita. Tanggungjawab kita sebagai anak adalah untuk menggembirakan ibu dan ayah kita. Selagi mereka masih hidup, maka masa tu lah kita nak gembirakan hati mereka.