Followers

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, 29 May 2017

Merantau di Negeri Orang

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam Fikri Basir Blog. Lama dah tak menulis, I'm too busy managing my life. Ye, dah menjangkau umur 20 an ni, aku tahu banyak tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Alhamdulillah, aku mula memijak batu loncatan dalam hidup aku. Aku kini berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang mencari sesuap nasi dan memulakan kerjaya dalam hidup aku. Eh, tahu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang? Jangan malas, tak tahu google lah. Takkan aku nak ajar. Haha. Jauh merantau bagi aku yang first timer.

Cabaran? Yes, a lot of cabaran especially in term of dialek, Negeri Sembilan dengan Kelantan 2 negeri yang berbeza dalam dialek dan percakapan. Minggu dan bulan pertama menghadap dialek Kelate memang susah bagi aku. Lidah nismilan, telinga nismilan bila berjumpa dengan dialek kelate be like "krik krik". Bila diorang berborak aku semacam alien, tak faham sepatah. Orang gelak, aku pun heboh nak gelak, bila orang tanya faham ke tak? Tuhan saja yang tahu.

Makanan- Of course lah berbeza. Cara masakan, rasa semua berbeza, satu je sama. Nasi, tom yam. Memandangkan tekak aku tekak nismilan, of course rasa lain macam. Tapi dah adat merantau, kena try semua benda. Kalau takut nak cuba, duduk rumah cium ketiak mak kau tu. Haha, makanan kat sini of course banyak manis-manis macam orangnya jugak. Memandangkan aku tidak memilih makan, semua aku bedal asalkan perut aku di isi. Lagipun kita kena cuba semua makanan kat Malaysia ni, barulah sempurna tekak ni. Tapi aku tetap minat makanan negeri, kadang-kadang aku menggulai sendiri bila ada masa.

Kehidupan sosial- Orang kelantan satu yang aku puji, mereka peramah. Belum pernah aku duduk di kedai ke, restoran ke, semua ramah menegur. Tanya duk mana, sebab dr segi percakapan pun diorang dah tahu aku bukan asal kelantan. And that what i'm impress with them. Kalau tak kenal pun boleh bersembang macam dah kenal lama. Tu yang buat aku tak kekok duduk sini, semua ramah boleh buat bersembang as long as jaga adab di negeri orang.

Kesimpulan- Sejujurnya aku cakap, it's good to merantau. Banyak kelebihan kau merantau terutama masa muda ni. Ye, aku cemburu dengan kawan-kawan yang dah jauh merantau, sampai luar negara lagi. Banyak yang kau boleh tahu, and bagi aku merantau ni boleh menambah keyakinan kau, dan membuatkan kau berdikari, tak bergantung pada sesiapa pun boleh survive. Rugi rasanya kalau tak ke negeri orang waktu muda ni. 

ok lah setakat ni dulu aku boleh kongsikan,gambar2 takde untuk entri kali ni, maybe next entri kot.

Thursday, 7 May 2015

Bijak Menabung

Assalamualaikum w.b.t.

Seriously, lama betul tak update blog ni. Memang aku habis idea nak tulis apa dalam blog ni. Ditambah pulak dah masuk semester 5 ni berlambak-lambak assignment nak dibuat. Jadi, alhamdulillah malam ni aku berkesempatan untuk menulis entri kat sini. 

Dah masuk sem 5 ni, akal dah terarah untuk berfikir ke masa depan, apa akan dilakukan pada waktu akan datang, kerja dan keluarga. Memang ramai dah kawan-kawan yg bekerja malahan telah mendirikan rumah tangga. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat, malahan usaha yang setimpal perlu dilakukan. Dalam pada menghabiskan sisa-sisa pengajian ni, aku banyak berfikir tentang pekerjaan yang sesuai dengan lulusan dan kudrat serta kemampuan aku. Bukanlah memilih tapi perancangan itu perlu.

Jadi, aku tertarik untuk menceritakan serba sikit mengenai buku yang aku beli dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC hari tu. Buku ni memang sesuai untuk dibaca bagi setiap peringkat umur. Aku agak tertarik dengan buku ni bukanlah sebab apa, mula-mula sekadar menghabiskan baucer buku, itulah niat aku. Rugi rasanya kalau tak dipakai, macam tahun lepas rugi rasanya baucer RM50 tak dipakai sebab dah rosak, biasalah lelaki. Apa-apa barang simpan dalam dompet, bila hujan basah. Maka rosaklah baucer tu. Jadi tahun ni, keseluruhan baucer aku gunakan untuk beli buku dan alhamdulillah, aku jumpa satu buku yang memang amat-amat berguna.

Tajuk buku tu adalah "Cukupkah Wang Anda" yang ditulis oleh Hajjah Rohani Datuj Hj Mohd Shahir. Tajuknya saja dah cukup menarik minat aku. So, aku bacalah. Buku ni memang banyak iktibar malahan panduan serta kepentingan menabung dan melabur duit. Aku tidaklah berminat untuk melabur sebelum ni. Satu dek aku masih belajar,belum ada sumber pendapatan lagi malahan berhutang pulak tu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah kewangan aku cadangkan supaya baca buku ni, insyaAllah dapat sedikit sebanyak ilmu mengenai tabungan untuk masa depan. Dari awal lagi Hajjah dah ceritakan tentang kepentingan menabung dan melabur dalam bukunya. Bagi aku, buku ni sangat-sangat membantu aku dalam menguruskan kewangan. Banyak kira-kira yang ditunjukkan dalam buku ni, jika mengikut disiplin dan rajin menabung. 


Jadi, korang semua patut beli dan baca buku ni. Memang menarik untuk dibaca. wassalam.

Monday, 30 December 2013

Majlis Konvokesyen UiTM

Assalamualaikum w.b.t.

Semua preparation dah ready, almaklum la nak attend majlis yang rasmi la katakan. Alhamdulillah, it's my Graduation Day. Hari aku dianugerahkan dengan segulung diploma. Pagi pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap, sambil tangan tak lepas pegang handset nak call emak aku. Tanya mak dah sampai ke belum ke Shah Alam. Agak risau sebab mak belum pernah jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Sebagai anak, mestilah aku bimbang mak dan ayah aku, takut sesat dan tak sempat nak tengok aku naik ke pentas. Ternyata betul, mak datang lambat sikit, tapi masih sempat sebab giliran aku 800++.

Alhamdulillah,hari tu aku terima anugerah diploma tu. kata orang tak seberapa, diploma je, tapi aku yang membuka tirai majlis konvokesyen family aku, sebab semua adik beradik aku masuk Universiti, Alhamdulillah. Jadi aku abadikan kenangan bersama family aku dalam blog ni.








Sayangnya adik takde masa aku konvo,kalau tak lengkaplah gambar ni kami sekeluarga. Tapi takpe dik, nanti kau boleh datang masa abang konvo untuk degree nanti ok?












Terima kasih atas semua yang terlibat dalam majlis ni, especially family aku yang datang dari Negeri Sembilan, Pak Cik Samad yang bawak family kitorang. Dan tak lupa jugak kawan kawan rumah Gentam, Bob (Noorahiemy Zanuddin), Amir Bidin, Dieyn Majid yang sudi datang ke majlis konvokesyen kami. Next year giliran korang kami datang ok?


Thursday, 18 April 2013

Jangan Melawan

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni aku teringin nak ceritakan satu kisah benar sebenar-benarnya. Kisah ni berlaku kat diri aku hari ni jugak. Pengalaman ni memberi aku pelajaran yang sangat berguna meskipun kisah ni tak seronok pun untuk dibaca apatah lagi nak dishare kat pengetahuan umum. Luka kecil je pun, tapi luka ni memberi aku seribu satu pengajaran untuk aku. Kisahnya macam ni.

Biasalah orang kampung, kerja menebas belukar ni memang dah kebiasaan. Aku orang kampung tak de nak merayau ke Mid Valley ke, Sunway Pyramid ke macam budak bandar, bebas sebebas-bebasnya. Dek menunggu kemasukan ke program ijazah, dan untuk mengisi masa lapang aku, aku menebas la. Mak dan Ayah ke Seremban kerana ada hal yang nak diselesaikan. Hal apa? Biarlah rahsia. Ececeh,dah mcm Dato' Siti pulak kan? Haa,sambung balik cerita aku menebas tadi. Tebas punya tebas sampai dah tumpul mata parang tu. Masa tu pun ayah aku baru balik dari Seremban, jadi apa lagi? Aku mintak ayah asahkan parang sebab dia memanglah mahir bab mengasah parang ni. Lagipun orang lama kan,mesti lah pandai asah parang. Jadi ayah pun asah lah parang tu sampai betul-betul tajam. Ayah pesan "Ni tajam ni, hati-hati menebas". Aku yang merasa diri aku pro sangat bab menebas ni pun cakap laa. "Ahh,biasa menebas, takde apa-apa lah yah,". Seingat aku tadi aku cakap secara sinis. Tak terfikir pun akan jadi apa-apa.

So, aku sambung balik menebas belukar yang penuh dengan pokok senduduk tu. Tiba-tiba parang yang aku hayun hinggap kat kaki aku. Hasilnya, kaki aku berdarah. Luka sikit. Astaghfirullah, aku tiba-tiba terdetik pesanan ayah supaya berhati-hati. Aku rasa menyesal bila dah jadi macam ni, mungkin Tuhan nak tunjuk kat aku balasan berlagak dengan ibu bapa.

Ini baru sikit. Aku teringat cerita ayah yang mana ada seorang budak kampung aku menumbuk ayahnya sendiri. Anak-anak sekarang memang berani. Tak hormat langsung dengan ibu bapa diorang. Ikut an bangang kawan-kawan, pantang nampak kawan-kawan merokok, dia pun nak merokok. Tak pernah fikir pasal mak ayah yang letih cari rezeki nak besarkan diorang. Jadi pengajaran dalam cerita aku ni adalah:

Yang pertama, hargailah ibu bapa korang. Mungkin hari ni korang boleh hidup dengan diorang tapi esok adalah sesuatu yang belum pasti lagi. Jadikan hari mereka sentiasa ceria bersama korang. Yang kedua, jangan menyusahkan ibu bapa korang kalau korang tak boleh menyenangkan diorang. Yang ketiga, jangan berlagak kalau korang lagi hebat dari ibu bapa korang. Ingat satu benda, korang hebat sekalipun, asal korang tetap dari mak ayah korang. Ok?



Friday, 22 March 2013

Aku yang kebudak-budakkan

Assalamualaikum w.b.t

Pokaba Yop? Lama dah tak tulis blog ni. Alhamdulillah penulis dah berjaya menghabiskan diploma Pengurusan Ladang di UiTM Kuala Pilah. Masih lagi berstatus penganggur dan tercari-cari malah teraba-raba mencari kerja kosong. Hari ni penulis nak bahasakan diri penulis sebagai 'aku'. Kenapa aku? Saja, nak try kelainan. Bosan pulak tulis skema-skema ni rasanya.

Idea ni tiba-tiba menerjah serebrum aku masa aku tengah cuci pinggan kat rumah. Almaklum laa, Grapers macam aku ni nak buat kerja ape je? Tolong mak ngan ayah je la nampaknya. "Aku Yang Kebudak-budakkan". Simple kan bunyi dia? Okay, kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab kenyataan, aku masih lagi budak-budak. Mungkin saiz badan membuatkan orang pandang aku macam budak-budak. Kecik, tapi bukan nak bangga la, aku tough. Badan ketak-ketak macam Salman Khan. Haha, mana ada macam tu laa. Biasa-biasa aje. Mana mungkin sih gue bertubuh gitu, nggak mungkin dong.

Aku masih lagi budak-budak sebab aku masih layan lagi kartun. Naruto, Tom & Jerry, anime Japan semuanya masih lagi dalam kegemaran aku. Seronok sampai aku tak boleh nak tinggal kan mende alah tu. Mungkin salah teknologi, yang membuatkan aku jadi kebudak-budakkan sampai layan kartun kanak-kanak tu. Walhal bukan logik pun boleh keluar sharinggan sume tu. Boleh plak transform jadi banyak-banyak kan? Spangebob lagi laa, boleh pulak buat patty kat dalam laut kowt. Nampak bebeno tipu nyo. Aku jugak taw bukan umur-umur aku je yang layan kartun kanak-kanak tu. Alasannya, mudah. Sebagai satu method nak kurang kan stress. Siapa tak gelak tengok cerita spongebob dan sapa yang tak gelak golek-golek bila tengok cerita Tom & Jerry tu. Ayah aku pown tengok Upin Ipin, dan kawan aku yang berumur 28 tahun pown mengaku tengok cerita spongebob lagi kat aku.


Aku masih lagi budak-budak sebab aku masih takut untuk buat keputusan sendiri. Aku pun celaru sekarang sama ada nak bekerja atau teruskan pengajian atau pun kedua-duanya. Bekerja dahulu dan teruskan pengajian. Aku buntu, mana satu yang harus aku pilih. Ramai yang bagi cadangan supaya aku bekerja sementara menunggu untuk sambung pengajian. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, itu lah situasi aku sekarang. Hanya Tuhan saja tahu naluri kebudak-budakkan aku. Aku pun tahu, orang dewasa pun kadang-kadang susah nak buat keputusan, sama macam budak-budak jugak.

Aku masih lagi budak-budak sebab aku masih main game. Pro Evolution Soccer menjadi kegemaran aku sekarang ni. Malahan game bodoh-bodoh kat handset pown menjadi mangsa keghairahan aku. Semua jenis game aku layan. Seronok main game ni, kadang-kadang terlalai sampai tak jadi kerja aku. Dek game jugak mak aku marah aku. Tapi tak pe laa, memang aku yang salah pown kan. Kalau nak ikut kan ramai lagi main game, yang tua bangka pown nak berlagak macam budak kecik main game. Tapi satu la aku baik dari diorang, aku tak main game judi-judi ni. Yelah,aku budak-budak mana taw main judi-judi ni.Haipp, siapa cakap budak-budak tak pandai main judi ni. Aku pernah bertaruh lencana beyblade aku masa kecik-kecik. Selamat aku punya lencana, aku menang lawan beyblade dengan jiran aku. Haha,sori la Amirul. Aku rampas ko punya batch beyblade.




Kanak-kanak dengan orang dewasa sering berkait. Sebab apa, orang dewasa masih lagi layan kartun kanak-kanak, dan kanak-kanak pulak belajar jadi dewasa. Aku kini mencapai 21 tahun. Hujung bulan ni cukuplah umur aku 21 tahun. Sepanjang aku hidup ni, banyak pengalaman yang aku dapat. Macamana dugaan menjadi dewasa yang dihimpit dengan pelbagai kesulitan baru agaknya 0.01 % aku alami. Masih panjang perjalanan hidup ni, mungkin dah ada yang mempunyai empayar sendiri sedangkan aku tertatih-tatih mencari arah hidup aku. Ada juga yang dah berkahwin dan dah ada juga sudah menikmati hidup berkeluarga dan sudah ada juga yang sudah menimang cahaya mata. Aku tak kisah semua itu, rezeki masing-masing. Bagi aku yang penting sekarang adalah untuk menetapkan matlamat aku sendiri. Bagi adik-adik kat luar tu, tambah-tambah yang baru ambik result tu, jangan cepat berpuas hati dan jangan terlalu kecewa. Fikirkan matlamat hidup anda.

Wassalam..

Wednesday, 13 February 2013

Membebel

Assalamualaikum w.b.t

"Bang, lipat selimut"
"Bang, cuba jadi pembersih sikit!"
"Bila nak berubah ni?!"
"pot pet pot pet pot pet..........."



Pernah kan situasi ni membelenggu hidup korang? Tak payah malu, jangan segan. Penulis pown selalu kena bebel. Tak kena dengan mak, kompem kena dengan kakak. Kadang-kadang naik rimas dibuatnya. Mana taknya, baru bangun tidur dah kena bebel, baru balik dah kena bebel, 24 jam asyik kena bebel. Paling tak tahan kalau tengah penat balik dari kerja terus kena bebel. Bernanah telinga beb! Kakak penulis, uish mentang-mentang blaja undang-undang, cakap tak berenti. Kalau ditadah telinga berdarah beb!

Motif? Bagi korang sedar, tak manja dan pandai berdikari. Ye, penulis selalu kena bebel, tapi tu la dia kasih sayang seorang mak dan kakak. Penulis tak pernah marah diorang bebel penulis, tapi lagi sayang ada laa.. Tu tandanya kakak penulis sayang sangat kat adik dia yang segak ni. Pernah kakak penulis kemas bilik penulis sambil bebel-bebel. Penulis cool je. Dia cakap ni last dia kemas bilik penulis. "Lepas ni kalau bersepah lagi kau kemas sendiri" Bebel kakak penulis. Tapi bila lama je, bilik penulis bersepah balik, dia kemas kan jugak. Haha, nampak tak? Dulu dia yang cakap last dia kemas, tapi kemas jugak bilik penulis. Oppss, bukan penulis pengotor ye, jangan salah anggap. Tapi nak tunjukkan kasih sayang seorang kakak, penulis cerita la kat korang. Biasa lah orang bujang, sepah sikit-sikit tu biasa la kan?

Bagi penulis bebelan tu adalah satu terapi bagi jiwa penulis. Penulis tak malu jika dibebel walaupun usia penulis dah menjangkau umur dewasa, nak masuk 21 tahun dah(tuanya kan, hehe). Bebelan tu tanda kasih sayang, tanda concern mereka terhadap diri kita. Ibu mana yang tak sayang anak, mana mungkin mereka akan biarkan anak diorang terus berada di jalan yang salah, pasti diorang nak yang paling baik dalam hidup anak diorang. Kalau yang ada abang atau kakak tu, bertengkar tu perkara biasa. Carik-carik bulu ayam kan? Tapi satu perkara yang pasti, setiap kali korang kena bebel, mesti jarang wat silap dah. Mendengar bebelan juga bukan sahaja satu terapi, tapi satu cara yang mematangkan diri korang. Tapi kalau tak berubah tu bermakna check balik diri korang, sama ada bebal ataupun korang degil tahap cipan. Haha

Mungkin hari ni korang boleh dengar bebelan orang yang tersayang tapi siapa tahu esok korang tak dengar lagi bebelan diorang. Boleh jadi rindu jugak dengar bebelan tu nanti. Jadi think positive, jangan memberontak bila dibebel, jangan hempas-hempas pintu, golek-golek atas lantai bila dibebel. Apa yang korang boleh buat, sabar dan dengar setiap bebelan tu. Amati dan analisis setiap bait-bait bebelan tu dan jadikan ia sebagai motivasi buat diri korang, insyaAllah korang akan kebal menghadapi bebelan tu.

Wassalam..

#Kalau dapat isteri yang kuat bebel? Penulis tak kisah..hehe

Sunday, 20 January 2013

Jom kita berfikir rakyat Malaysia!!

Assalamualaikum pembaca n follower blog "Fikri Basir". Penulis dah lama ingin sangat post sesuatu yg baru tapi alangkah kecewanya penulis ketandusan idea dan ape yg penulis taip sumenye jadi draft je. Haha,ape nak buat kan? Hari ni penulis nak ajak anda semua berfikir mengenai hidup kita yang bermasyarakat. Jom kita tengok situasi ni.

#Situasi 1.

Proses untuk menjeruk rebung adalah dengan merendam rebung yang telah dihiris ke dalam air basuhan beras. Ni utk mengelakkan rebung menjadi masam dan hitam, jadi rebung mesti direndam dalam air beras utk mengekalkan rebung yang putih dan tahan lama. Korang pown buat jeruk rebung dan menjual ke kedai runcit org melayu. Masalahnya rebung tu kalau tak tukar airnya 3-4 hari sekali rebung akan hitam sedikit. Jadi selepas seminggu korang datang untuk melihat samaada rebung yg korang hantar dah habis dijual atau tidak, tapi tuan kedai marah dan mengembalikan rebung korang disebabkan sudah hitam kerana tidak ditukar airnya. Tuan kedai marah seakan-akan korang menipunya walhal salah dia sebab tak tukar air.

#Situasi 2

Korang sedang menunggang motosikal utk pulang ke rumah. Korang cuba utk memotong sebuah kereta yg dipandu perlahan tapi pemandu kereta tu terus memecut kereta mereka seakan-akan tidak mahu korang memotong mereka. Apabila korang tak jadi memotong dia kembali perlahan dan korang cuba memotong kembali, dan pemandu tu terus memecut.

#Situasi 3

korang berjumpa anak buah korang dalam satu majlis kenduri tapi malangnya anak buah korang langsung tidak menyapa dan tidak bersalam dengan korang yang merupakan Pak Cik/Mak Cik mereka.

Korang pernah berdepan dengan situasi tu? Semua situasi tu pernah terjadi dan penulis berhadapan dengan situasi tu. Jom kita buat hipothesis sikit mengenai situasi diatas.

#Situasi 1.
Sebagai peniaga, setiap barang yang kita jual mestilah dijual dgn bersungguh-sungguh. Bagi penulis pak cik tu tak patut marah penulis sebagai peraih dan pembekal rebung tu. Sepatutnya dia mesti tukar air rendaman rebung tu agar rebung terus kekal elok. Tak kan nak tunggu pembekal tukar air rebung tu kan?



#Situasi 2.
Sebagai pemandu yang berhemah, korang mesti bagi laluan kepada orang yang memotong tu. Boleh jadi diorang ada urusan penting yang perlu dilaksanakan. Kalau korang tak bagi laluan,mungkin boleh jadi kemalangan dan membahayakan diri penunggang motosikal tu dan itu juga salah satu cara untuk menunjukkan attitude korang.

#Situasi 3.
Sebagai anak buah korang mesti hormat pada pak cik atau mak cik korang. Asalkan namanya saudara, korang mesti hormat sebab itu menunjukkan kekeluargaan korang.



Berdasarkan situasi tu korang nampak tak peranan budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat. Memang masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasanya, tapi budi bahasa tu semakin lama semakin terhakis. Kalau korang perasan kat TV sekarang banyak iklan pasal kempen budi bahasa. Adakah kita nak dunia yang kacau bilau, budak kecik mengherdik ibu bapa mereka? Kita pasti tak nak kan? Jadi apa yang kita perlu buat sekarang adalah berhati-hati dengan apa yang kita cakap dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata dan tindakan kita. Budi Bahasa Budaya Kita. Assalamualaikum..

Wednesday, 14 November 2012

Wanita menakutkan?

Mereka anggun. Mereka juga cantik dan menggoda. Satu senyuman sudah cukup utk membuat seseorg yg lain tersenyum apabila memandang wajahnya. Kadang kala lirik mata mereka juga sudah cukup membuat seseorang itu longlai bila memandang mereka. Subhanallah, begitu unik ciptaan Tuhan. Wanita memang diciptakan unik.

          Ya, memang penulis akui mereka memang hebat. Mana tidaknya, kebanyakkan Universiti telah dimonpoli oleh mereka. Keluar dari kuliah bertebaran kaum mereka. Tapi, korang mungkin tak taw sebenarnya mereka2 ni hanyalah berselindung dengan kelemahan mereka...

          Tak percaya? Pernah dengar wanita dayus? tak pernah kan? Itulah kaum lelaki, wanitalah kelemahan mereka. Bila lelaki angkat tangan dikatakan dayus. tapi wanita? bila memukul lelaki dikatakan hebat. Mereka dipandang sebagai org kuat,kan?

          Nak lagi bukti? Nah,ble lelaki salah msuk toilet, dikatakan lelaki gatal miang dan sebagainya. Tapi bila wanita salah msuk toilet? Selamba je, "eh, i silap toilet la" kan?

          bila lelaki usik wanita lagilah mengamuk. Kalau ada polis dah report dah. Tapi cbe kalau wanita usik lelaki..pergh menikus kan korang?


Nampak tak penguasaan wanita?Kejam diorang ni. Tu baru sikit tunjuk contoh. Kesimpulan dia kat sini lelaki dan wanita adalah saling melengkapi, Allah tu maha Adil kan?

Saturday, 29 September 2012

Persediaan untuk Exam

Ya Allah, exam lagi? Haish, baru perasan dah hujung-hujung semester. Kompem semua pelajar UiTM khususnya akan gelabah mentelaah buku dan buat latihan banyak-banyak. Yela, final exam kan? I'm sure that all of you want to pass it with flying color right? Mana-mana yang target nak dapat dekan tu x usah tanya la, kompem buat nota berlambak-lambak. Tapi mane yg IQ tu tinggi smpi seribu tu mesti rilek-rilek lagi, tak risau langsung nak exam kan? Haha, macam-macam kerenah kan? Ya, mesti la penulis taw sebab penulis pown seorang pelajar. Tipu la penulis tak taw kan?

          Ok la, straight to the point la kan? Penulis nak share sikit la  tips-tips untuk exam ni. Mumgkin ramai yang dah taw tu takpe la. Xde salahnya penulis nak ingat kan balik.

1. Persediaan

Sebelum exam elok la baca buku. Tapi bila dah dekat-dekat exam, elok baca nota je sebab kalau nak baca buku kompem korang gelabah nak habiskan baca satu buku tu. Baca buku biar awal sbb untuk persediaan awal. Lagipown otak kita bukannya pendrive 16GB pown nak masuk semua dalam satu masa yang singkat.

2. Jaga kesihatan



Dalam tempoh exam, kesihatan sangat berharga. Kalau sakit kompem xdpt nak jawab exam dgn baik sbb terganggu dan hilang fokus. Tapi kalau nak demam tu xboleh nak buat ape jugak kan? Haa,so anda mesti kekal cergas untuk menjamin kertas soalan yang berjawab nnt. Masa exam kalau boleh tidur awal. Tapi student zaman sekarang suka stay up kan?

3. Banyakkan berdoa



Berdoa adalah penting untuk saat-saat akhir. Bagi umat Islam jangan lupa pergantungan diri anda kepada pencipta anda. Kat atas ni ada doa yang elok untuk diamalkan oleh kita semua. Doa jugak senjata bagi mukmin kan? So, jgn lupa berdoa.

OK la kowt, rasanya cukup tu tips untuk menghadapi peperiksaan tu. Sama-sama kita berusaha untuk dapat gred yang cemerlang ok?

Thursday, 27 September 2012

cerita lawak



Seorang wanita yang melihat cincin emas tetiba terkentut apabila melihat sebentuk cincin. Lalu dia melihat sekeliling dan perasan kat situ ada seorang pekerja kedai itu. 


Lalu dia fikir pekerja tersebut tidak perasan n tanya. "Berapa harga sebentuk cincin ni?"lalu pekerja pown jawab "Sedangkan puan lihat saja puan sudah terkentut, saya pasti puan akan terberak bila mendengar harganya.".

Tuesday, 28 August 2012

Anda seorang yang gagal?

Korang pernah rasa kegagalan? Aku taw semua orang pernah rasa kegagalan. Pahit kan rasa dia? Aku tak pernah dengar orang berguling-guling bersorak  melompat-lompat bila gagal. Kalau boleh menangis semahu-mahunya. Kegagalan aku yang pertama adalah semasa di bangku sekolah rendah lagi. Bermacam-macam kegagalan aku lalui. Dari yang kecik sehingga sebesar-besar kegagalan pernah aku lalui. Dari kegagalan menyiapkan kerja rumah  sehingga UPSR. Aku akui aku pernah menangis sebab tak siapkan kerja sekolah depan kawan-kawan. Yelah, masa kecil aku agak manja dan mudah menangis. Macam perempuan kan? Aku tak malu menangis disebabkan kegagalan aku. Sebab semuanya memang salah aku, aku merupakan seorang yang gagal ketika tu. Gagal menyiapkan benda alah yg dinamakan "Kerja Rumah" tu.

          Itu baru kegegalan aku yang paling kecil aku rasakan. Kegagalan aku yang agak besar semasa dalam darjah enam. UPSR memang ditakuti oleh semua murid termasuklah aku sendiri. Target 5A memang sukar untuk dicapai, apatah lagi bagi murid biasa seperti aku ni. Nak dikatakan pandai tidaklah pandai mana, bukanlah segenius kawan-kawan aku yang dapat straight A's. Cikgu Suzila ketika tu sangat tegas, sering membuat kepala aku pening dengan latihan-latihan matematik yang betul-betul membuat aku tertekan. Natijahnya, aku cuma mendapat 4 A 1 B sahaja. Subjek Matematik aku dapat A, tapi apa yang membuat aku kecewa adalah subjek yang paling aku sukai iaitu Bahasa Inggeris. Ya, memang aku minat subjek Bahasa Inggeris. Aku selalu dapat A dalam subjek tu, tapi UPSR ternyata mencabar gred yang aku harapkan. Cuma dapat B sahaja. 

          Kalaulah aku dapat 5A kemungkinan aku dah dapat tawaran belajar ke MRSM. Memang idaman aku nak belajar di MRSM, tapi kini tu semua tinggal bayang-bayang sahaja. Semuanya hancur lebur, tinggal kenangan sahaja semua tu. Aku dapat tawaran belajar di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. Di situ tinggallah aku dalam tarbiyah Islamiyah. Suasana tenang dan nyaman di situ. Aku rasakan mungkin aku akan berjaya di situ nyata meleset tekaan aku. Aku gagal lagi dalam PMR. Aku akui kegagalan aku untuk skor dalam PMR. Ayah ternyata kecewa apabila subjek geografi aku gagal untuk dapat A. 9 A hanya angan-angan aku, akibat kemalasan dan kelembapan aku belajar aku hanya dapat 6A 2B 1C. Ayah cakap sepatutnya aku boleh dapat 7A, tapi aku mengecewakan ayah. Ternyata jelas air muka ayah yang kecewa dengan kegagalan aku. Tapi tak mengapa, aku berjanji dgn diri aku sendiri untuk tidak berputus asa untuk memperbaiki kegagalan aku dalam SPM.

          SPM- satu bencana buat aku. Inilah dia kegagalan yang paling besar dalam hidup aku. Aku tidak menjangka keputusan SPM aku seteruk ini. Peperiksaan yang menentukan jalan hidup aku ternyata membuktikan aku masih di tampuk kegagalan. Ini disebabkan aku terlalu enjoy dengan hidup aku, aku alpa dan lalai selepas menduduki PMR. Aku sering keluar kelas semata-mata untuk dapat sijil kokurikulum yang tidak sepenting mana jika dibandingkan dgn SPM. Aku bertengkar dengan kakak aku yang selalu berleter demi kebaikkan aku. Aku terumbang-ambing selepas mendapat keputusan SPM. Aku seakan-akan tidak percaya dengan keputusan tu. Aku mula terbayang masa depan yang malap dengan keputusan SPM tu. Namun dengan kuasa Allah aku berjaya menyambung pelajaran di UiTM Kuala Pilah.

          Pada mulanya cerita aku ni seperti aku seorang yang berputus asa dan seorang yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang aku miliki. Tapi sebaliknya berlaku. Aku gagal dapat 5A, takpe sebab aku masuk SMKA SHAMS. Aku bangga dapat masuk sekolah yang top dalam Negeri Sembilan malahan antara SMKA yang terbaik dalam Malaysia. Aku gagal dapat 5A bukan bererti aku gagal dalam seumur hidup aku. Aku belajar agama di sana dan aku tahu Halal Haram kehidupan Mungkin tak banyak ilmu agama yang aku pelajari tapi aku tahu aku boleh menjawab apa sahaja soalan yang basic dalam agama Islam. Mungkin kalau aku masuk MRSM aku tak seperti ni, mungkin aku cetek dalam ilmu agama dan hanyut dalam syurga duniawi ni. Mungkin warna rambut aku juga perang tidak hitam seperti sekarang. Bukan menuduh pelajar MRSM begitu tapi mungkin pendirian aku tak teguh dan terikut-ikut budaya orang.
          
          Aku juga gagal dalam PMR bukan sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang gagal, tapi Allah nak aku belajar lagi di situ. Aku tak tahu perancangan Allah tapi aku tahu ada hikmah disebalik kegagalan aku dalam PMR. Banyak aku pelajari di sana, tentang hukum hakam, malahan aku tahu aku mampu menjadi imam kepada isteri aku jika aku berkeluarga nanti. Allah juga tahu sebab aku tak dapat banyak A dalam SPM sebab Allah tentukan masa depan yang baik untuk aku. Aku kini belajar di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengurusan ladang. Aku bangga dapat belajar dalam jurusan tu sebab memang aku minat jurusan tu. Ternyata aku tidak perlu risau dengan perjalanan hidup aku sebab Allah dah tetapkan rezeki aku dari Azali lagi. Disini aku ingin berpesan kepada sehabat-sahabat, adik-adik yang masih belajar. Jangan risau jika anda gagal, tapi anda patut risau jika anda tidak bangkit dari kegagalan tu. wallahualam.

          

Monday, 9 July 2012

untung ke tak untung?

Hari ni hari Isnin. Well, hari yg kelam kabut sikit. Penulis pasti pembaca semua pown same je, mesti kelam kabut jugak kan? Memang kebiasaan setiap hari Isnin memang kelam kabut sebab ahad cuti melainkan negeri-negeri pantai timur n utara sane. Ahad hari bekerja, sabtu cuti. Hujung minggu bercuti sampai terlupa hari Isnin dah x cuti lagi. Penulis rasa bersyukur dilahirkan dalam negara ni. Aman damai, tiada kekacauan, tenteram dan seumpamanya lah hai. Malaysia memang negara yg selamat utk diduduki sampaikan kadang-kadang kita lupa dunia luar yg sedang bergolak. Terutamanya negara saudara kita Palestin. Kebuluran, pergaduhan, pertelingkahan dan peperangan sudah menjadi kudis dalam hidup mereka. Kita kat sini selalu merungut, ini x cukup itu x cukup kalau nak dibandingkan dgn mereka kat sana.

Kita selalu merungut makanan x sedap la kat sini, tapi berapa ramai kat Palestin yang kebuluran sbb punca makanan yg kurang akibat peperangan. Untung x kita?

Dalam politik pulak kita selalu mintak pendidikan percuma, mansuhkan PTPTN, bagi subsidi itu dan ini, tapi kanak-kanak kat Palestin tu berapa ramai yang x dapat pendidikan sebab peperangan. Untung x kita berbanding diorang?


Kadang-kadang kita leka utk ke masjid utk berjemaah walaupun kat Malaysia ni mana-mana pown ada je masjid. Tapi kat Palestin tu masjid diceroboh tentera zionis, nak sembahyang pown x tenteram lagi dah. Untung x kita kat Malaysia ni?










Kita jugak ada cakap baju ni dah buruk sedangkan baju tu masih cantik dan boleh dipakai lagi. Semuanya nak baru sedangkan kanak-kanak kat Palestin tu baju buruk, compang-camping pown ada. Untung kan kita kat Malaysia ni?


Banyakkan perbezaan kita dan Palestin? So, penulis rasa adalah baik utk kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. Dan lagi satu apa peranan kita sbg umat Islam kepada saudara-saudara kita di sana? Kita perlu doakan kesejahteraan mereka. Semoga mereka dan umumnya umat Islam terus bangkit dan mengembalikan maruah umat Islam.ALLAHUAKBAR!!!

Pilihan



Waktu tu kenduri sepupu penulis. Macam-macam makanan ada w/p sepupu penulis menggunakan khidmat catering. Antaranya yang special cendol. Tengahari panas-panas dapat cendol memang best kan? Ada pulak ais tu dalam cendol tu, lpas tu ada pulak cendol yg hijau2 tu dgn gula merahnya lagi.. Pergh..meleleh air liur tu. Haha, bukan lah penulis nak cerita pasal keenakkan cendol tu, tapi penulis nak ceritakan perihal seorang adik yg penulis jumpa masa kenduri kahwin tu. Ada sorang adik ni, cute je mintak cendol kat penulis. Kebetulan ketika tu bahagian cendol penulis jaga. Adik tu perempuan dalam lingkungan 7 ke 8 tahun, memang comel. Penulis nak je tangkap gambar adik tu n upload dlm blog ni tapi tu la sibuk sgt dgn cendol tu. Kat bawah ni antara dialog penulis dgn adik tu.

          Adik    :  Abang, nak cendol ni tapi nak gula byk2 ye.
          Penulis :  Oh, tak elok dik byk gula ni,nanti rosak gigi
          Adik    :  Ala, letak je la bang.
          Penulis :  Haha,ok la dik.

Tak lama lepas tu adik tu datang lagi.

          Adik    :  Abang, kita xnak yg hijau tu ngan jagung taw. Nak ais, gula dgn santan tu je,ye?
          Penulis : Laa,nak macam tu pulak? Haha,boleh la dik.

Maaf la penulis tak pandai nak olah ayat. Tapi penulis tak tipu gelagat adik tu memang klaka. Tapi penulis terfikir jugak tindakan adik tu, ada signifikannya perangai adik tu. PILIHAN. Sedangkan adik tadi pown pandai memilih, inikan kita yang dah besar ni. Ramai remaja kat luar sana banyak buat pilihan secara membabi buta tanpa memikirkan akibat daripada pilihan mereka tu. Ada dalam kalangan remaja dapat peluang terhidang tapi sia-siakan peluang tu.Allah s.w.t kurniakan kita akal untuk buat pilihan tapi kenapa kita sia-siakan anugerah Tuhan yg paling besar tu? Jadi cuba renung-renungkan hidup anda,adakah betul pilihan yg anda buat dalam hidup anda?

Friday, 6 July 2012

Anda yg terpilih

Lama x update blog ni. Dek kesibukkan sepanjang berada di kampus, memang x sempat nak update blog ni. Penulis hari ni tertarik utk bercerita mengenai orang-orang yang berjaya. Percayakah anda Bill Gates hanyalah orang biasa sebelum menjadi CEO syarikat microsoft? X perlu contoh jauh-jauh, Nabi Muhammad s.a.w. juga dahulu seorang yg buta huruf sebelum diangkat menjadi nabi dan membawa perubahan dalam pembangunan umat Islam.


          
           Penulis percaya setiap orang ditakdirkan utk berjaya. Percayalah anda salah seorang orang yg berjaya, buktinya dalam berjuta-juta sperma yang bersaing utk bercantum dgn ovum, anda yg paling kuat dan berjaya bercantum dgn ovum. Nah, nampak kan buktinya yang anda seorang yg berjaya? Dari awal lagi kita sudah berjaya.



         Apa kata kita teruskan kejayaan kita dalam dunia malahan akhirat. Anda boleh berjaya, sama juga seperti penulis. Ayuh kita buktikan kita adalah orang yg berjaya. Apa yang kita perlukan cumalah satu motivasi utk berjaya. Jangan malas utk bergerak dan mencapai cita-cita anda, OK?

Wednesday, 13 June 2012

Mentaliti


             Penulis begitu teruja apabila melawat sekolah lama penulis. Sekolah yg terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Penulis bangga bersekolah di sekolah tu. SMKA Sheikh Hj Mohd. Said,mmg impian murid2 utk bersekolah disana. Sekolah yg cukup terjaga muammalahnya, pergaulan lelaki dan perempuan dibataskan utk menjaga kesejahteraan bersama. Tarbhiyah yg dbawa ckup mantap sehingga penulis tidak dapat melupakan detik2 manis sepanjang berada disana.
sekolah lama penulis. dah banyak berubah dah..
          Pernah suatu ketika dahulu seorang mak cik merendahkan penulis yg hanya masuk sekolah agama, tapi penulis tak peduli semua itu. Dah alang-alang masuk biar ilmu di cedok semuanya sbg bekal mse dpan. Nah, buktinya sekarang ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah agama, pusat tahfiz malahan sekolah pondok demi m'beri didikan agama terhadap anak2 mereka. Penulis tidak hairan semua ini berlaku,malahan bangga jika semua ibu bapa melakukan hal sedemikian. Inilah dia yang dikatakan Islam itu datang dalam keasingan, dan pergi dalam keasingan. Kebanyakkan ibu bapa sekarang mula menyedari kepentingan didikan agama bg anak2. Namun segelintir masyarakat masih tidak tahu kepentingannya. Apabila dhantar ke sekolah agama, masing-masing mengatakan anaknya nak jadi ustaz, nak jadi ustazah. hakikatnya byk kebaikkan m'hantar anak-anak ke sekolah agama.bukan sahaja utk dunia malah akhirat juga.
Ketika pulang dari sekolah penulis mengambil teksi lalu berbual dgn pemandu teksi tu. pak cik tu tanya, kenapa x sambung bhgian agama? penulis menjawab xde rezki pak cik. apa nak buat..haha,terdiam plak pak cik tu bila penulis cakap macam tu..hisy,susah kan nk ubah mentaliti orang kita ni?