Followers

Monday 10 June 2013

Saf hadapan

Assalamualaikum w.b.t.

Inilah blog aku. Aku punya suka nak tulis apa dalam blog ni dan hari ni terlintas dalam benak aku nak tulis pasal saf depan. Kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab ni blog aku, suka aku la nak tulis ape kan? Haha, ada tujuannya aku tulis entry ni. Niat aku baik, sebab aku seorang yang sayangkan umat Islam dan bangsa aku. Aku bukanlah seorang racist, tapi aku punya semangat kebangsaan. Apa-apa hal aku nak bangsa malah penduduk Malaysia yang utama. Kisah ni kisah benar sebab terjadi dalam hidup aku dan aku nak pembaca semua take note apa yang ak tulis dalam entry aku ni. Mungkin remeh bunyinya tapi aku rasakan ianya penting dalam hidup kita.



Hari Jumaat sering aku perhatikan kat Masjid kampung aku. Sinonim dengan Hari Jumaat, semua orang lelaki akan datang ke masjid untuk menunaikan kewajipan masing-masing. Solat Jumaat. Gembira, Alhamdulillah semakin ramai jemaah dalam masjid kampung aku, walaupun majoriti penduduk tak ramai tapi jemaah pekerja asing sering memenuhi masjid kampung aku untuk solat jumaat. Kadang-kadang sampai ke beranda masjid jemaah yang solat jumaat. Cuma yang aku terkilan sebaik saja azan berkumandang, jemaah pekerja asing berebut-rebut ke saf depan, cukup berbeza dengan jemaah tempatan, leka mencari kipas sehingga ke saf depan. Ya, aku pun macam tu jugak. Cukup jarang duduk di saf depan. Aku suka duduk di tengah-tengah masjid. Mungkin Allah tu sengaja nak tunjuk kat aku dan bagi hidayah kat aku. InsyaAllah, aku akan cuba berubah dan duduk di saf depan.

Macam tu jugak dengan kehidupan, Grab a chance in your life. Macam jemaah pekerja asing, ambik peluang peluang nak duduk depan. Kenapa bukan kita? Boleh jugak kita aplikasikan cara jemaah pekerja asing berebut saf depan dgn kejayaan. Contoh, kita ada peluang untuk berjaya, kenapa kita biarkan peluang tu? Last-last kita jugak yang rugi. Ada peluang kita sia-sia kan. Nak cari peluang yang lebih elok kononnya. Puih, kalau macam tu sampai bila kita nak berjaya kan? Ok laa, aku pun tak berapa minat nak tulis panjang-panjang ni. Semoga post ni memberi manfaat kepada pembaca semua. Assalamualaikum..