Followers

Saturday 17 August 2013

Banci Pekebun Kecil

Assalamualaikum...

oit2 semua!! Dah lama dah tak update blog ni...ada la bersawang sikit.. Maklum laa, sibuk bekerja sekarang ni. Alhamdulillah, masih ada peluang nak update blog ni. Aku kerja part time jadi pembanci pekebul kecil RISDA sekarang. Tu yang pening kepala sikit nak update blog ni. Tak pe la, aku nak bukak cerita dan pengalaman aku sebagai pembanci RISDA ni. Mungkin boleh share sikit kepada sesiapa yang nak try jadi pembanci tu kan.

Aku dah start keje dari 2 minggu lepas lagi. Memula aku ingatkan aku sorang je yang banci kawasan aku, tapi alhamdulillah laa, ada lagi 3 orang join kawasan aku tu. Zuhilda, Afiq dan Shermella. Tu la dia nama-nama pembanci kawasan aku tu. Pengalaman hari pertama keje, fuh....susah beb, nak cari orang yang kita tak kenal laa kan. Tapi satu la advantage keje ni. Sekali korang buat, kompem kenal semua orang kat tempat korang tu. Sesiapa yang keje duduk menonggok depan laptop tu aku sarankan supaya kerja macamni bagi korang ada life. Kenal masyarakat, ini tak, duduk melangut depan laptop kononnya bersosial dengan orang kat FB."kepala otak kamu" laa. Mana ade korang rasa kehidupan masyarakat tu, tak tau ape jadi kat masyarakat sekeliling yang dah meninggal ke,sakit ke ape ke.

Aku agak terkilan bila ada jugak orang-orang tua, especially parents la, bila ditanya anak ada kasi duit tak bulan-bulan? Ada jugak yang mengadu anak diorang tak kasi duit pown. Sedih aku dengar, dunia kan. Macam-macam boleh jadi, ada jugak aku tengok anak-anak yang soleh jaga parents diorang. Mak ayah dah terduduk (uzur) still jaga lagi parents diorang. Aku respect orang macam ni. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang hamba yang mentaati ibubapaku Ya Allah....Amiinn, amiinn ya rabbal Alamin.. Kesian beb pak cik tu dah terbaring dah sakit sebab kemalangan jalan raya. Sebagai seorang insan yang bernama anak, aku simpati dengan nasib yang menimpa pak cik tu. Alhamdulillah pak cik tu dikurniakan dengan anak yang soleh. Semoga pak cik tu tabah dalam mengharungi hidup beliau.

Ada lagi norma-norma masyarakat yang aku nampak sepanjang kerja-kerja membanci ni. Mungkin ada dalam kalangan pembanci yang malas dan rasa letih dengan kerja-kerja membanci ni. Tapi bagi aku ketih tu biasa. Mana ada kerja yang tak letih, semua kerja letih sebab pakai tenaga. Sedangakan tido je kat umah dah letih inikan bekerja. Ada jugak yang memaki dan menghamun kami buat kerja ni, siap ugut nak tampar lagi ( ini cerita penagih dadah la). Memula tu aku marah jugak sebab tak kasi kitorang buat kerja kitorang, bila dah start memaki hamun tu kecut perut bai...sape tak takut kena ugut nak tampar ngan tembak sekali tu. Nasib baik la pak cik tu penagih, kalau tak...haish entah laa..

Rasanya setakat itu je yang boleh aku ceritakan. Pengalaman banyak mengajar aku pasal kehidupan. Sesiapa yang nak try jadi pembanci tu boleh la apply 10 tahun akan datang. Ok,adios!!