Followers

Friday 5 October 2012

Belajar cakap Minang

 السلام عليكم
Negeri Sembilan memang terkenal dengan tanah adat di Malaysia dan satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih di sini. Penulis sebagai penduduk Negeri sangat bangga dengan budaya masyarakat di sini. Namun masih ramai yang tidak mengetahui Negeri Sembilan mempunyai dua budaya iaitu budaya minang dan budaya negeri. Ramai yang menganggap kedua-dua budaya adalah sama sedangkan dari segi dialek sahaja sudah tahu ianya berbeza. Walaubagaimanapun kedua-dua masyarakat masih berpegang kepada adat yang sama iaitu adat perpatih. Masyarakat minang sebenarnya datang dari Indonesia iaitu Bukit Tinggi, Sumatera. Perkataan Minangkabau pula dikatakan berasal daripada perkataan "Menang Kerbau". Kisahnya pula ada kaitan dengan seorang raja yang meggunakan kebijaksanaan dalam pertaruhan lawan kerbau. Maka dapatlah perkataan Minang Kabau. Masyarakat minang pula terdiri daripada beberapa suku seperti suku Piliang, caniago, bodi, koto dan jambak. Suku jambak pula terdiri daripada beberapa suku iaitu suku jambak ketapang dan jambak auih.

Mengenai bahasa pula, banyak perkataan melayu di tukar hujungnya seperti -ung ditukar menjadi -uang seperti payung disebut sebagai "payuang", manakala perkataan yang mempunyai huruf "e" pula ditukar "a" seperti lembu disebut sebagai "lambu" . Di bawah adalah antara perkataan yang digunakan oleh orang minang:

saya= wa'den/ denai
kamu= wa'ang
Pak cik= Apak
Ibu= amak
di mana= Dima
Orang= urang
Besar=gadang
kecil=kaciak
kanak-kanak= paja
cakap=kecek
negeri=nagari
kemana= ke kama
sini= siko
tidak= indak
kelapa= karambir
tempurung= galuak
satu= ciyek
ini= iko

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang di tukar kepada minang. Ini adalah sebahagian perkataan yang mungkin berguna untuk berdialek dengan orang minang.

1 comment:

  1. Untuak lembu..di ranah minang labiah cocok nyabuik jawi da

    ReplyDelete