Followers

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Majlis perkahwinan Izwardi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kawan aku, Izwardi dah melangsungkan perniakahan dengan gadis pilihannya, Syarifah Hidayah. Majlis pernikahan beliau berlangsung pada 23 Februari 2014. Majlis telah berlangsung di kampung Daching Ulu, rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Sehari sebelum majlis, kami sempat merancang untuk konvoi ke rumah Izwardi, tapi disebabkan Ayoi jadi pengapit pengantin, dek tersalah maklumat yang majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan bukan di rumah pengantin lelaki di Sg Jai, maka tinggal 4 orang saja konvoi ke majlis tu. Yang kesian bukan apa, Acet terpaksa plak patah balik ke Daching sebab rumahnya dekat je dengan rumah pengantin perempuan, satu kampung. Haha,kesian kau Cet. Antara yang datang ke majlis perkahwinan Adi (Izwardi) termasuklah aku,Acet, Sadiq, Ayoi (pengapit), Azrin, Syaheda, Udin, Hafizah, Syikin dan Mas. Tu semua geng-geng kami jugak, yang lain xdpt nak hadir sebab ada urusan masing-masing. Adi mengenakan baju berwarna Peach masa tu. 


Ramai tetamu datang, tapi kami antara yang awal la. Malangnya kami tak sempat nak pegi masjid untuk majlis pernikahan Adi.


Bawah ni pelamin diorang, simple je tapi cantik.




Ni deh, pengapit Izwardi, abang sado kita.





Ni lah kami dengan pengantin,apa boleh buat, kami masih bujang. Adi pesan, "cecopek kawin, jangan lambek naa kawin." Alamak jodoh belum sampai Adi. Next time giliran kitorang pulak.










Buat Adi, kami semua ucapkan tahniah dan kami doakan semoga kekal ke anak cucu ye? Doa-doakan la kami yang bujang ni cepat dapat jodoh. InsyaAllah.. Assalamualaikum..

Sunday, 9 March 2014

Gathering SKDKP


Assalamualaikum w.b.t.

Aritu kitorang ade buat gathering kecil-kecilan,antara yang datang termasuklah Sadiq, Ayoi, Hariz, Acet, Syaheda, Azrin, Zalika, Natrah dan lain-lain. Maklum la,semua sibuk dengan kerja,  dan yang sambung belajar, tunggu cuti semester baru la boleh buat gathering. Banyak gak topik perbualan kami, bertukar-tukar cerita. Memang seronok kan kalau buat gathering? Ni la antara gambar yang sempat kami rakamkan..











Ni la antara yang datang gathering, masa ni la nak eratkan silaturrahim..











Semoga gathering kali ni dapat mengeratkan lagi persahabatan kita and meninggalkan kenangan untuk kita semua, InsyaAllah..

Monday, 30 December 2013

Majlis Konvokesyen UiTM

Assalamualaikum w.b.t.

Semua preparation dah ready, almaklum la nak attend majlis yang rasmi la katakan. Alhamdulillah, it's my Graduation Day. Hari aku dianugerahkan dengan segulung diploma. Pagi pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap, sambil tangan tak lepas pegang handset nak call emak aku. Tanya mak dah sampai ke belum ke Shah Alam. Agak risau sebab mak belum pernah jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Sebagai anak, mestilah aku bimbang mak dan ayah aku, takut sesat dan tak sempat nak tengok aku naik ke pentas. Ternyata betul, mak datang lambat sikit, tapi masih sempat sebab giliran aku 800++.

Alhamdulillah,hari tu aku terima anugerah diploma tu. kata orang tak seberapa, diploma je, tapi aku yang membuka tirai majlis konvokesyen family aku, sebab semua adik beradik aku masuk Universiti, Alhamdulillah. Jadi aku abadikan kenangan bersama family aku dalam blog ni.








Sayangnya adik takde masa aku konvo,kalau tak lengkaplah gambar ni kami sekeluarga. Tapi takpe dik, nanti kau boleh datang masa abang konvo untuk degree nanti ok?












Terima kasih atas semua yang terlibat dalam majlis ni, especially family aku yang datang dari Negeri Sembilan, Pak Cik Samad yang bawak family kitorang. Dan tak lupa jugak kawan kawan rumah Gentam, Bob (Noorahiemy Zanuddin), Amir Bidin, Dieyn Majid yang sudi datang ke majlis konvokesyen kami. Next year giliran korang kami datang ok?