Followers

Thursday 16 January 2014

Kenapa Nak tutup aurat?

Assalamualaikum w.b.t

Peristiwa ni berlaku masa aku on the way nak balik Shah Alam, berlaku betul-betul depan mata aku. Didn't expect it would be happen, tapi tu lah hakikatnya. Kisah ni adalah kisah benar, memang terjadi depan mata aku sendiri. Ceritanya begini.

Habis je kenduri tahlil kat rumah aku, aku buat keputusan untuk stay sekejap kat rumah. Berkemas-kemas barang kenduri; periuk, kuali, kancah dan macam-macam lagi. Bukan apa, mak ayah tinggal berdua,kalau aku tak tolong siapa lagi nak tolong? Jadi aku buat keputusan untuk balik ke Shah Alam hari Isnin, sehari sebelum Maulidurrasul. Macam biasa la, balik naik ktm komuter. Sesampai je aku kat stesyen Batang Benar, aku pun beli tiket.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak komuter tu and aku terus masuk. Aku nampak 2 orang wanita, mungkin sebaya aku memakai tudung labuh (aku namakan wanita A), pakaian yang sopan, memang sejuk mata memandang. Aku rasa mungkin student IPTA jugak macam aku. Aku duduk seat betul-betul depan diorang. Masa tu taklah crowded, masih ada ruang untuk duduk. Sampai saja stesyen UKM, penumpang mula ramai, berasak-asak masuk ke dalam komuter. Aku nampak seorang lelaki cina 20an dan wanita cina (wanita B) mencari tempat duduk, kebetulan sebelah perempuan bertudung labuh tadi kosong, dia duduk tapi aku nampak mukanya agak merah padam, mungkin tak selesa lalu disuruhnya kawannya (wanita B) yang duduk seat depan duduk di sebelah wanita A. Aku yang melihat terus terdetik "subhanallah" dalam hati. Wanita A terus memandang aku dan tersenyum. Sepanjang dalam komuter, tiada seorang lelaki pun duduk di sebelah wanita A. Cuma penumpang wanita sahaja yang duduk sebelah mereka dan seorang lelaki negro yang duduk, itupun jauh jarak mereka aku perhatikan sehinggalah kami sampai ke stesyen pertukaran KL sentral.



Subhanallah, itulah kelebihan menutup aurat dengan sempurna. Sentiasa selamat dan rasa dilindungi berbanding dengan mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Semoga peristiwa ni akan jadi tauladan untuk kita semua supaya menutup aurat dengan sempurna. Salam maulidurrasul aku ucapkan, assalamualaikum..