Followers

Tuesday 26 June 2012

Kawan,Sahabat & kenalan ^_^

Assalamualaikum pengikut blog ''Drama Petang". Rasenye dah lame x update blog ni. Al maklum la penulis banyak sgt keje yg perlu diselesaikan di samping bil broadband tertunggak. Haha, penulis tiba-tiba teringat nak menulis mengenai perihal kawan, sahabat, dan kenalan. Semuanya ada perbezaan kan? Mungkin ada sesetengah orang yg menganggap itu semua sama, bukan?


          Bermula dengan satu senyuman dah cukup membuat kita selesa dgn seseorang bukan? Penulis juga adalah seorang yang suka melemparkan senyuman kat orang lain. Dengan satu senyuman dua orang boleh menjadi kenalan, kawan malahan seorang sahabat. Dalam dunia ni memang senang nak cari kenalan dan kawan tapi nak cari sahabat memang susah, betul kan? Haa, penulis nak bagitau apa maksud ketiga-tiga perkataan tu.

          Kenalan adalah seorang yang dikenali oleh kita. Mungkin ada sedikit urusan dengan kenalan itu dan kita juga mungkin tidak tahu latar belakang kenalan tu. Kawan pula apa yg penulis faham adalah seseorang yang mungkin rapat sedikit dari kenalan dan mungkin sedikit latar belakang dia kita tahu dan sering berjumpa. Manakala sahabat adalah yg paling rapat dgn kita, boleh dikatakan sahabat adalah seorang kwn yg boleh kita kongsi suka dan duka. Sahabat adalah yg pling susah nak cari. X percaya? Penulis berani cakap la kalau ada 50 org kwn tu, mungkin ada sorang je yg betul-betul sanggup tolong kita waktu susah. X percaya lagi? Cuba pegi kat kawan kita tu cakap nak pinjam RM100 dia kasi x?

          Penulis kalau nak cerita pasal kawan ni la, dh macam-macam jenis kawan yg penulis jumpa. Boleh cakap la, kawan penulis dari Kelantan sampai Johor memang ada je. Memang hobi penulis berkawan. Haha, ni kat bawah ni ada sikit gambar kawan2 penulis yang paling best.


Afiq Kamal, kawan penulis yg paling giler-giler tapi best!!

lawatan kelas

lawatan kelas


kawan ke-2 paling lama, Zalika.a

masa ni sambut birthday Bob. lokasi di Umbai Melaka


afiq, syahmi, Basit, Ipin, Amir, Penulis dan Bob. Ni sume satu rumah ni.


Ni la dia antara sebahagian kawan penulis. Tapi yg boley dkira sahabat tu...nampak x yg pakai baju kuning tu? Haa,tu kawan yang paling lama ngan penulis, dia boleh dianggap mcm keluarga dh bagi penulis. Dia selalu citer masalah dia n penulis pown slalu citer masalah penulis ngan dia. So kawan-kawan, hargailah sahabat anda. Ingat ni, selalu kita dgr bekas suami, bekas isteri, bekas kekasih, tapi kita x pernah dgr bekas sahabat, kan?

Tuesday 19 June 2012

Hari Bapa

Assalamualaikum pembaca semua. Ayah, bapak, Daddy, Papa, Abi semuanya adalah satu insan yg sama. Seorang lelaki yg bertanggungjawab dalam membesarkan kita semua. Penulis pasti pembaca semua pasti ada cerita yg menarik mengenai bapa anda,kan? X kisah la apa saja kata anda, jasa dan pengorbanan seorang bapa mmg x boleh disangkal lagi kesahihannya. Bukan apa lah, penulis kalau nak cerita pasal pengorbana bapa ni mmg x habis satu buku.
     Penulis nak cerita mengenai bapa penulis. Ayah gelarannya, muka garang tapi tu la...Dalam hati ada taman kalo nak cakap la pasal ayah penulis. W/p hanya mendapat pendidikan smpi darjah 5 je, tapi sekarang anak2nya sume masuk universiti.  Ayah penulis pernah cakap biar ayah sekolah smpi darjah 5, tapi anak-anak ayah masuk U. Pernah sekali penulis marah sgt sbb ayah sengaja lambat hantar penulis tggu bas nak jumpe kawan2, tapi tu la kasih syg seorang ayah kan, dihantarnya penulis smpi dpan kwn2 penulis. Malunya hanya Allah yg taw. Daripada perasaan marah jadi malu dgn ayah penulis.
       Kini di dada-dada akhbar byk kes anak hantar mak ayah ke rumah-rumah kebajikan, mereka lupa jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Pernah sekali penulis dgr anak biarkan bapa jadi gelandangan la...ada sekali penulis terjumpa seorang pak cik kat hospital dibiarkan sorg2 w/p dh ptut keluar dr hospital. Xde langsing waris2 dye dtg jenguk bapak dia tu. Penulis hairan + marah + kecewa dgn sikap anak-anak sekarang. Langsung xde belas kasihan langsung kat bapak dia. Rasa mcm nak pelempang je anak dia yang buat mcm tu kat bapak dia. Ingat lah jasa bapa anda w/p sepahit mana kesalahan bapa anda, jika tidak kerana dia, mungkin anda tidak wujud dalam dunia ni. Setiap orang berhak dapat peluang ke2.
Bapa adalah insan paling penting dalam hidup kita.
Last word penulis ingin mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" terutama kepada ayah penulis, En Basir bin Jaafar.

Wednesday 13 June 2012

Mentaliti


             Penulis begitu teruja apabila melawat sekolah lama penulis. Sekolah yg terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Penulis bangga bersekolah di sekolah tu. SMKA Sheikh Hj Mohd. Said,mmg impian murid2 utk bersekolah disana. Sekolah yg cukup terjaga muammalahnya, pergaulan lelaki dan perempuan dibataskan utk menjaga kesejahteraan bersama. Tarbhiyah yg dbawa ckup mantap sehingga penulis tidak dapat melupakan detik2 manis sepanjang berada disana.
sekolah lama penulis. dah banyak berubah dah..
          Pernah suatu ketika dahulu seorang mak cik merendahkan penulis yg hanya masuk sekolah agama, tapi penulis tak peduli semua itu. Dah alang-alang masuk biar ilmu di cedok semuanya sbg bekal mse dpan. Nah, buktinya sekarang ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah agama, pusat tahfiz malahan sekolah pondok demi m'beri didikan agama terhadap anak2 mereka. Penulis tidak hairan semua ini berlaku,malahan bangga jika semua ibu bapa melakukan hal sedemikian. Inilah dia yang dikatakan Islam itu datang dalam keasingan, dan pergi dalam keasingan. Kebanyakkan ibu bapa sekarang mula menyedari kepentingan didikan agama bg anak2. Namun segelintir masyarakat masih tidak tahu kepentingannya. Apabila dhantar ke sekolah agama, masing-masing mengatakan anaknya nak jadi ustaz, nak jadi ustazah. hakikatnya byk kebaikkan m'hantar anak-anak ke sekolah agama.bukan sahaja utk dunia malah akhirat juga.
Ketika pulang dari sekolah penulis mengambil teksi lalu berbual dgn pemandu teksi tu. pak cik tu tanya, kenapa x sambung bhgian agama? penulis menjawab xde rezki pak cik. apa nak buat..haha,terdiam plak pak cik tu bila penulis cakap macam tu..hisy,susah kan nk ubah mentaliti orang kita ni?

Tuesday 12 June 2012

Kasih Sayang




Assalamualaikum pembaca semua. Teringt zaman kanak-kanak dulu. Memang seronok kan? tak pernah fikir pasal masalah. Sentiasa bermain dan seronok-seronok je. Tapi tu la, zaman dah berubah. Kanak-kanak zaman sekarang dah x sama dgn zaman dulu. dahulu, kanak-kanak main gasing,layang layang, main pondok. tapi  zaman sekarang main beyblade, facebook,kapal terbang control dan PSP.
facebook kini lebih digemari kanak-kanak. sekadar gambar hiasan


 tapi bukanlah penulis ingin menceritakan mengenai keseronokkan zaman kanak-kanak, tapi terigt di kampung penulis. ada seorang kanak-kanak tidak mengalami zaman kanak-kanak yg sepatutnya menyeronokkan,tapi sebaliknya kelihatan seperti didera oleh datuknya. bukanlah selalu dipukul, tetapi cara didikan yg dketengahkan datuknya terlalu kasar, seakan-akan tiada ruang keseronokkan dalam hidupnya. pernah sekali penulis nampak kanak-kanak itu diherdik malah ditolak kepalanya seperti patung hanya disebabkan dia bergurau dgn kwnnya. bukankah sepatutnya kanak-kanak dididik seperti menatang minyak yang penuh? x tau la penulis bagaimana tahap kenakalan budak tu sampai diperlakukan sedemikian. penulis berharap kanak-kanak itu tidak berdendam terhadap datuknya. ok,banyak impak yg mungkin berlaku dalam situasi ini,penulis berharap kanak-kanak itu x lagi dirotan oleh datuknya disebabkan masalh yg remeh. Banyak masalah psikologi yg berlaku akibat perbuatan seperti ini, antaranya tekanan yg drasai dan d tanggung kanak2 tersebut. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang kanak-kanak menjadi benci dan kemungkinan berdendam adalah sgt tinggi. Penulis yg sebelum ini tidak juga melayan atau menjaga kanak-kanak merasakan layanan seperti ini tidak adil bagi kanak-kanak sebaya dgnnya. Bukannya nakal sampai dia mencuri pun sudah diherdik sepeti itu. Setelah lama penulis perhatikan terdapat juga sedikit perubahan terhadap kanak-kanak tersebut. Antaranya dia kelihatan seperti selalu ingin mencuri perhatian disebabkan kurang kasih sayang yg dberikan kepadanya. Ya,memang kesian penulis rasakan. diharapkan supaya anda tidak mencontohi perlakuan seperti ini ye?
















Monday 11 June 2012

Pemikiran

Assalamualaikum pembaca blog "Drama Petang" semua. Apa khabar agaknya?
Hari ini penulis pergi memancing bersama pak cik dan mak cik penulis..Ya, memancing adalah salah satu hobi penulis. Tapi bukanlah penulis ingin menceritakan mengenai ikan apa yang penulis berjaya naikkan, tapi mengenai pemikiran orang melayu kita. Kisahnya begini, sedang kami menunggu umpan diragut ikan, kami berbual-bual. Dialognya bebih kurang begini:
 
  Mak cik: kau ambil jurusan apa di UiTM?
  Penulis  : diploma pengurusan ladang
  Mak cik: Laa, kenapa ambil jurusan tu? kenapa tak ambil jurusan sains, abis blaja tanam-tanam pokok je la ye?



Penulis hanya tersenyum bila mendengar jawapan mak cik penulis, di situ penulis tau bahawa orang melayu masih di tampuk lama. Masih kolot pemikiran. Bukanlah penulis ingin mengutuk atau mencerca orang melayu, tapi sebilangan kecil daripda kita masih belum keluar dari pemikiran sempit mereka. Sepatutnya orang tua memberi semangat kepada orang-orang muda, bukan menjatuhkan semangat orang-orang muda. Penulis juga yakin ramai mahasiswa diluar sana yang mengalami situasi seperti penulis. Oleh itu, kawan-kawan jangan putus semangat apabila mengalami situasi seperti itu. Bangkit dan pedulikan apa yang orang katakan trhadap masa depan kita. Mungkin hari ini semangat anda dijatuhka pada hari ini, tapi jadikan itu sebagai satu batu loncatan utk kejayaan kita. Kadang-kadang orang sekeliling tidak memahami apa yang kita rancangkan utk hidup kita, walhal kadang-kadang perancangan kita adalah lebih baik utk diri kita sendiri.
ok,sampai disini saja.lain kali kita jumpa lagi.

Friday 1 June 2012

honeykoyuki.blogspot

Mungkin penulis blog ni tak la sehebat Fatin Lyana yg memiliki blog honeykoyuki yang ratingnya melambung sehingga beribu pembaca.mungkin dsebabkan penulis adalah seorang lelaki menyebabkan penulisan blog ini menjadi begitu bosan sehingga tidak dapat menarik peminat pembaca. al maklum la kanak kanak baru belajar menulis blog.walaupun penulis mempunyai satu lagi blog, tapi rasanya blog yg lagi satu xlah nampak kematangannya dsebabkan kemahiran yang entah apa-apa sewaktu baru belajar dahulu membuat blog.
       Walau bagaimanapun penulis akan cuba yang terbaik menulis semenarik yang mungkin demi mendapatkan perhatian lantas menarik minat kalian untuk membaca blog ni..well,sebenarnya ini hanyalah muqaddimah utk pembaca blog "drama petang" ni..salam perkenalan semua..semoga anda terhibur dengan blog ni.
        Penulis akan cuba menulis berkenaan hidup kita semua dan realiti hidup masyarakat sekaliling kita dan cuba merungkai masalah dalam kehidupan kita.bersama-samalah kita agar kehidupan kita jadi lebih aman dan tenteram.tapi kenapa ya,penulis memilih untuk menulis berkaitan kehidupan masyarakat?sebabnya adalah terdapat banyak masalah dalam kehidupan masyarakat kita xkiralah masalah sosial ke,apa ke..macam-macam..so enjoy the blog,ok?