Followers

Sunday, 9 March 2014

Gathering SKDKP


Assalamualaikum w.b.t.

Aritu kitorang ade buat gathering kecil-kecilan,antara yang datang termasuklah Sadiq, Ayoi, Hariz, Acet, Syaheda, Azrin, Zalika, Natrah dan lain-lain. Maklum la,semua sibuk dengan kerja,  dan yang sambung belajar, tunggu cuti semester baru la boleh buat gathering. Banyak gak topik perbualan kami, bertukar-tukar cerita. Memang seronok kan kalau buat gathering? Ni la antara gambar yang sempat kami rakamkan..











Ni la antara yang datang gathering, masa ni la nak eratkan silaturrahim..











Semoga gathering kali ni dapat mengeratkan lagi persahabatan kita and meninggalkan kenangan untuk kita semua, InsyaAllah..

Thursday, 16 January 2014

Kenapa Nak tutup aurat?

Assalamualaikum w.b.t

Peristiwa ni berlaku masa aku on the way nak balik Shah Alam, berlaku betul-betul depan mata aku. Didn't expect it would be happen, tapi tu lah hakikatnya. Kisah ni adalah kisah benar, memang terjadi depan mata aku sendiri. Ceritanya begini.

Habis je kenduri tahlil kat rumah aku, aku buat keputusan untuk stay sekejap kat rumah. Berkemas-kemas barang kenduri; periuk, kuali, kancah dan macam-macam lagi. Bukan apa, mak ayah tinggal berdua,kalau aku tak tolong siapa lagi nak tolong? Jadi aku buat keputusan untuk balik ke Shah Alam hari Isnin, sehari sebelum Maulidurrasul. Macam biasa la, balik naik ktm komuter. Sesampai je aku kat stesyen Batang Benar, aku pun beli tiket.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak komuter tu and aku terus masuk. Aku nampak 2 orang wanita, mungkin sebaya aku memakai tudung labuh (aku namakan wanita A), pakaian yang sopan, memang sejuk mata memandang. Aku rasa mungkin student IPTA jugak macam aku. Aku duduk seat betul-betul depan diorang. Masa tu taklah crowded, masih ada ruang untuk duduk. Sampai saja stesyen UKM, penumpang mula ramai, berasak-asak masuk ke dalam komuter. Aku nampak seorang lelaki cina 20an dan wanita cina (wanita B) mencari tempat duduk, kebetulan sebelah perempuan bertudung labuh tadi kosong, dia duduk tapi aku nampak mukanya agak merah padam, mungkin tak selesa lalu disuruhnya kawannya (wanita B) yang duduk seat depan duduk di sebelah wanita A. Aku yang melihat terus terdetik "subhanallah" dalam hati. Wanita A terus memandang aku dan tersenyum. Sepanjang dalam komuter, tiada seorang lelaki pun duduk di sebelah wanita A. Cuma penumpang wanita sahaja yang duduk sebelah mereka dan seorang lelaki negro yang duduk, itupun jauh jarak mereka aku perhatikan sehinggalah kami sampai ke stesyen pertukaran KL sentral.



Subhanallah, itulah kelebihan menutup aurat dengan sempurna. Sentiasa selamat dan rasa dilindungi berbanding dengan mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Semoga peristiwa ni akan jadi tauladan untuk kita semua supaya menutup aurat dengan sempurna. Salam maulidurrasul aku ucapkan, assalamualaikum..

Monday, 30 December 2013

Majlis Konvokesyen UiTM

Assalamualaikum w.b.t.

Semua preparation dah ready, almaklum la nak attend majlis yang rasmi la katakan. Alhamdulillah, it's my Graduation Day. Hari aku dianugerahkan dengan segulung diploma. Pagi pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap, sambil tangan tak lepas pegang handset nak call emak aku. Tanya mak dah sampai ke belum ke Shah Alam. Agak risau sebab mak belum pernah jejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Sebagai anak, mestilah aku bimbang mak dan ayah aku, takut sesat dan tak sempat nak tengok aku naik ke pentas. Ternyata betul, mak datang lambat sikit, tapi masih sempat sebab giliran aku 800++.

Alhamdulillah,hari tu aku terima anugerah diploma tu. kata orang tak seberapa, diploma je, tapi aku yang membuka tirai majlis konvokesyen family aku, sebab semua adik beradik aku masuk Universiti, Alhamdulillah. Jadi aku abadikan kenangan bersama family aku dalam blog ni.








Sayangnya adik takde masa aku konvo,kalau tak lengkaplah gambar ni kami sekeluarga. Tapi takpe dik, nanti kau boleh datang masa abang konvo untuk degree nanti ok?












Terima kasih atas semua yang terlibat dalam majlis ni, especially family aku yang datang dari Negeri Sembilan, Pak Cik Samad yang bawak family kitorang. Dan tak lupa jugak kawan kawan rumah Gentam, Bob (Noorahiemy Zanuddin), Amir Bidin, Dieyn Majid yang sudi datang ke majlis konvokesyen kami. Next year giliran korang kami datang ok?


Tuesday, 1 October 2013

Nenek aku cakap begitu, aku cakap begini..

Assalamualaikum w.b.t.


Dah agak lama aku tak menulis entri kat blog ni, mungkin dek kesibukkan aku menyambung pengajian di UiTM Shah Alam sampai kadang-kadang aku tak punya idea nak menulis. Tapi hari ni aku tiba-tiba dapat ilham untuk menulis. Mungkin teringat kat almarhum nenek aku, Sapiah binti Ariffin yang kembali ke rahmatullah ketika aku semester 2 atau 3 diploma. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat hendaknya.

Okaylah, apa yang aku nak tulis hari ni adalah pesanan atau nasihat orang-orang tua. Mungkin kanak-kanak era 90 an masih terngiang-ngiang lagi pesanan nenek, atok, mak ayah masa kecik-kecik dulu.

Kata nenek "Jangan potong kuku malam-malam, nanti di terkam harimau". Kata aku pulak, "harimau tak pandai masuk rumah". Walhal zaman dulu-dulu elektrik takde, jadi takut terpotong kulit time potong kuku.

Kata nenek "Jangan mandi masa maghrib, nanti dicubit hantu air". Kata aku pulak, "Sekarang zaman moden, mana ada hantu air". Nenek cakap macam tu sebab mandi awal bila dah maghrib senang nak solat. Tak terkejar-kejar.

Tu antara yang selalu aku dengar daripada arwah nenek aku, bagi aku setiap nasihatnya sentiasa ada makna tersendiri walaupun kadang-kadang tak masuk akal pun. Atas dasar hormat orang tua, aku selalu mengikut nasihat nenek. Dan aku takde masalah untuk mendengar nasihat orang tua dan aku selesa dengannya. Pertama, atas tuntutan agama sendiri. Kedua, atas faktor usia dan pengalaman, mereka leih dahulu "makan garam" daripada kita. Setiap bait yang di ucapkan oleh mereka pasti ada hikmahnya. Tak semua tapi kebanyakkan nasihat mereka berguna pada kita. Ketiga, kalau kita tak hormat mereka, ingatlah hidup ini ibarat roda. Kita kurang ajar kat orang tua, nanti di hari kita tua siapa yang tahu?

Kanak kanak sekarang makin bijak, dan kebijaksanaan tu membuatkan aku meluat dengan kanak-kanak sekarang. Dek bijak orang tua makin lama makin dilupakan dan kanak-kanak bebas berlaku kurang sopan malah kurang ajar dengan orang tua. Dan ibu bapa kebanyakkan hanya melihat dan sering berfikiran "biarlah, budak-budak". Bagi aku ini semua tak patut terjadi, sebab bila dibiarkan mereka makin menjadi. Aku pernah tengok sendiri cucu pak cik ni seawal usia 5 tahun dah pandai menjawab bila datuknya suruh itu suruh ini. Pergh, hati siapa tak mendidih bila hal ni berlaku depan mata sendiri kan?

Kesimpulannya ubahlah. Ubahlah cara didikan anak dengan sempurna, mungkin aku masih bujang dan belum mengerti kehidupan berumah tangga. Tapi aku punya akal yang waras untuk memikirkan semua ni. Semoga kehidupan kita semua akan bahagia kelak, insyaAllah. Dan aku juga berharap peristiwa tu tak terjadi pada generasi aku yang akan datang, insyaAllah.



wassalam..

Saturday, 17 August 2013

Banci Pekebun Kecil

Assalamualaikum...

oit2 semua!! Dah lama dah tak update blog ni...ada la bersawang sikit.. Maklum laa, sibuk bekerja sekarang ni. Alhamdulillah, masih ada peluang nak update blog ni. Aku kerja part time jadi pembanci pekebul kecil RISDA sekarang. Tu yang pening kepala sikit nak update blog ni. Tak pe la, aku nak bukak cerita dan pengalaman aku sebagai pembanci RISDA ni. Mungkin boleh share sikit kepada sesiapa yang nak try jadi pembanci tu kan.

Aku dah start keje dari 2 minggu lepas lagi. Memula aku ingatkan aku sorang je yang banci kawasan aku, tapi alhamdulillah laa, ada lagi 3 orang join kawasan aku tu. Zuhilda, Afiq dan Shermella. Tu la dia nama-nama pembanci kawasan aku tu. Pengalaman hari pertama keje, fuh....susah beb, nak cari orang yang kita tak kenal laa kan. Tapi satu la advantage keje ni. Sekali korang buat, kompem kenal semua orang kat tempat korang tu. Sesiapa yang keje duduk menonggok depan laptop tu aku sarankan supaya kerja macamni bagi korang ada life. Kenal masyarakat, ini tak, duduk melangut depan laptop kononnya bersosial dengan orang kat FB."kepala otak kamu" laa. Mana ade korang rasa kehidupan masyarakat tu, tak tau ape jadi kat masyarakat sekeliling yang dah meninggal ke,sakit ke ape ke.

Aku agak terkilan bila ada jugak orang-orang tua, especially parents la, bila ditanya anak ada kasi duit tak bulan-bulan? Ada jugak yang mengadu anak diorang tak kasi duit pown. Sedih aku dengar, dunia kan. Macam-macam boleh jadi, ada jugak aku tengok anak-anak yang soleh jaga parents diorang. Mak ayah dah terduduk (uzur) still jaga lagi parents diorang. Aku respect orang macam ni. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang hamba yang mentaati ibubapaku Ya Allah....Amiinn, amiinn ya rabbal Alamin.. Kesian beb pak cik tu dah terbaring dah sakit sebab kemalangan jalan raya. Sebagai seorang insan yang bernama anak, aku simpati dengan nasib yang menimpa pak cik tu. Alhamdulillah pak cik tu dikurniakan dengan anak yang soleh. Semoga pak cik tu tabah dalam mengharungi hidup beliau.

Ada lagi norma-norma masyarakat yang aku nampak sepanjang kerja-kerja membanci ni. Mungkin ada dalam kalangan pembanci yang malas dan rasa letih dengan kerja-kerja membanci ni. Tapi bagi aku ketih tu biasa. Mana ada kerja yang tak letih, semua kerja letih sebab pakai tenaga. Sedangakan tido je kat umah dah letih inikan bekerja. Ada jugak yang memaki dan menghamun kami buat kerja ni, siap ugut nak tampar lagi ( ini cerita penagih dadah la). Memula tu aku marah jugak sebab tak kasi kitorang buat kerja kitorang, bila dah start memaki hamun tu kecut perut bai...sape tak takut kena ugut nak tampar ngan tembak sekali tu. Nasib baik la pak cik tu penagih, kalau tak...haish entah laa..

Rasanya setakat itu je yang boleh aku ceritakan. Pengalaman banyak mengajar aku pasal kehidupan. Sesiapa yang nak try jadi pembanci tu boleh la apply 10 tahun akan datang. Ok,adios!!

Monday, 10 June 2013

Saf hadapan

Assalamualaikum w.b.t.

Inilah blog aku. Aku punya suka nak tulis apa dalam blog ni dan hari ni terlintas dalam benak aku nak tulis pasal saf depan. Kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab ni blog aku, suka aku la nak tulis ape kan? Haha, ada tujuannya aku tulis entry ni. Niat aku baik, sebab aku seorang yang sayangkan umat Islam dan bangsa aku. Aku bukanlah seorang racist, tapi aku punya semangat kebangsaan. Apa-apa hal aku nak bangsa malah penduduk Malaysia yang utama. Kisah ni kisah benar sebab terjadi dalam hidup aku dan aku nak pembaca semua take note apa yang ak tulis dalam entry aku ni. Mungkin remeh bunyinya tapi aku rasakan ianya penting dalam hidup kita.



Hari Jumaat sering aku perhatikan kat Masjid kampung aku. Sinonim dengan Hari Jumaat, semua orang lelaki akan datang ke masjid untuk menunaikan kewajipan masing-masing. Solat Jumaat. Gembira, Alhamdulillah semakin ramai jemaah dalam masjid kampung aku, walaupun majoriti penduduk tak ramai tapi jemaah pekerja asing sering memenuhi masjid kampung aku untuk solat jumaat. Kadang-kadang sampai ke beranda masjid jemaah yang solat jumaat. Cuma yang aku terkilan sebaik saja azan berkumandang, jemaah pekerja asing berebut-rebut ke saf depan, cukup berbeza dengan jemaah tempatan, leka mencari kipas sehingga ke saf depan. Ya, aku pun macam tu jugak. Cukup jarang duduk di saf depan. Aku suka duduk di tengah-tengah masjid. Mungkin Allah tu sengaja nak tunjuk kat aku dan bagi hidayah kat aku. InsyaAllah, aku akan cuba berubah dan duduk di saf depan.

Macam tu jugak dengan kehidupan, Grab a chance in your life. Macam jemaah pekerja asing, ambik peluang peluang nak duduk depan. Kenapa bukan kita? Boleh jugak kita aplikasikan cara jemaah pekerja asing berebut saf depan dgn kejayaan. Contoh, kita ada peluang untuk berjaya, kenapa kita biarkan peluang tu? Last-last kita jugak yang rugi. Ada peluang kita sia-sia kan. Nak cari peluang yang lebih elok kononnya. Puih, kalau macam tu sampai bila kita nak berjaya kan? Ok laa, aku pun tak berapa minat nak tulis panjang-panjang ni. Semoga post ni memberi manfaat kepada pembaca semua. Assalamualaikum..


Sunday, 26 May 2013

Apa yang best kat Lenggeng?

Assalamualaikum..

Cakap je Lenggeng, orang Pilah kompem tau. Senang cakap Lenggeng ni popular la kat bahagian Negeri Sembilan ni. Den la salah seorang dari penduduk kat Lenggeng ni. Pekan koboi, orang cakap. Tapi walaupun kecik, Lenggeng tetap ada keistimewaannya tersendiri. Nak tau ape keistimewaan Lenggeng?



Nasi Lemak Anan. Satu-satunya nasi lemak 5 bintang yang xde kat negeri lain. Kat daerah Negeri Sembilan pown takde nasi lemak ni. Nasi lemak kecik je bungkus dye tapi rasa dye...pergh...terawang-awang di pintu syurga beb.. Memang ummpphh rasanya. Nasi lemak kat Lenggeng ni ada ikan keli dalamnya yang menjadikan ianya begitu popular. Pernah dulu masa praktikal kat Jabatan Pertanian, staff sume order nasi lemak dari Lenggeng. Letih membawak dekat 20 bungkus nasi lemak naik motosikal. Best la jugak bila makan ramai-ramai dengan staff Pertanian.


Orang Lenggeng puratanya adalah orang minang, bila cakap je asal dari Lenggeng mesti orang akan cakap aku orang minang. " Oh...Urang Langgiang". Tu lah kata orang bila dengar je aku asal daripada Lenggeng. Bangga pun ada gak sebab aku memang orang minang, kaya dengan adat. Well, aku rasa setakat tu je kali ni. Ada lagi sambungannya,nantikan ye?