Followers

Monday 11 June 2012

Pemikiran

Assalamualaikum pembaca blog "Drama Petang" semua. Apa khabar agaknya?
Hari ini penulis pergi memancing bersama pak cik dan mak cik penulis..Ya, memancing adalah salah satu hobi penulis. Tapi bukanlah penulis ingin menceritakan mengenai ikan apa yang penulis berjaya naikkan, tapi mengenai pemikiran orang melayu kita. Kisahnya begini, sedang kami menunggu umpan diragut ikan, kami berbual-bual. Dialognya bebih kurang begini:
 
  Mak cik: kau ambil jurusan apa di UiTM?
  Penulis  : diploma pengurusan ladang
  Mak cik: Laa, kenapa ambil jurusan tu? kenapa tak ambil jurusan sains, abis blaja tanam-tanam pokok je la ye?



Penulis hanya tersenyum bila mendengar jawapan mak cik penulis, di situ penulis tau bahawa orang melayu masih di tampuk lama. Masih kolot pemikiran. Bukanlah penulis ingin mengutuk atau mencerca orang melayu, tapi sebilangan kecil daripda kita masih belum keluar dari pemikiran sempit mereka. Sepatutnya orang tua memberi semangat kepada orang-orang muda, bukan menjatuhkan semangat orang-orang muda. Penulis juga yakin ramai mahasiswa diluar sana yang mengalami situasi seperti penulis. Oleh itu, kawan-kawan jangan putus semangat apabila mengalami situasi seperti itu. Bangkit dan pedulikan apa yang orang katakan trhadap masa depan kita. Mungkin hari ini semangat anda dijatuhka pada hari ini, tapi jadikan itu sebagai satu batu loncatan utk kejayaan kita. Kadang-kadang orang sekeliling tidak memahami apa yang kita rancangkan utk hidup kita, walhal kadang-kadang perancangan kita adalah lebih baik utk diri kita sendiri.
ok,sampai disini saja.lain kali kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment