Followers

Friday 5 October 2012

Cerita dari facebook

Assalamualaikum semua. Hari Jumaat ni penulis nak berkongsi satu cerita dari laman sesawang facebook. Cerita ni mungkin semua orang dah baca, tapi xpe la..sekadar ingin berkongsi kan?

Ada suatu ketika seorang cendiakawan terkenal yang bernama Malik bin Dinar sedang menyediakan makanan di rumahnya. Entah bagaimana, seekor kucinh datang dan mencuri sepotong daging di atas meja. Malik mengekorinya secara senyap-senyap. "Ke mana dia hendak bawa daging tu?" bisik hatinya. Kucing tersebut terus berlari  membawa daging itu dengan mulutnya. Malik pula masih mengekorinya. Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat. Di situ terdapat lubang kecil di celah-celah batu itu. Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya. Tiba-tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya. Malik megamati ular dan didapati ular itu buta. MasyaAllah, hebatkan Allah tetapkan rezeki untuk setiap makhluknya?

Nampak x pengajaran dia kat sini? Yang paling kita nampak dalam cerita ini adalah kita mestilah membantu sesama makhluk. ok,selamat beramal ok?

No comments:

Post a Comment