Followers

Sunday 14 April 2013

PRU 13

Assalamualaikum w.b.t.
Topik pilihanraya menjadi topik perbualan hangat sekarang ni. Pemimpin mula berkempen tak kisah kat mana, televisyen, surat khabar, tepi jalan, facebook malahan kat kedai kopi pown ada. Penulis?Haha,tak ambik port sangat pasal politik ni. Mintak maaf la nak beriya-iya nak sokong tu nak sokong ni tapi masa depan tunggang langgang. Betul kata Mat Lutfi90 yang mengatakan "kitorang sengaja kosongkan otak kitorang".

Penulis tau kesedaran terhadap politik tu dah mula bercambah dalam hati anak-anak muda zaman sekarang. Kita semua mahu pilihanraya yang bersih dan telus demi kecemerlangan dan kemakmuran sejagat. Tapi yang penulis tak puas hati tu ada budak baru setahun jagung beb, spender pown mak basuh lagi heboh nak berpolitik. Kejadahnya nak berpolitik kalau spender sendiri pown mintak mak belikan? Haha, berpadanan la dengan usia dik, penulis yang dah layak mengundi pown takde la nak semangat sangat ini kau yang setahun jagung lagi dah heboh nak tegakkan keadilan bagai.

Tu yang pertama, yang kedua tu pasal politik kita ikowt jadi bangang sebab memanjangkan lagi fitnah-fitnah yang bertebaran kat laman sesawang ni. Hadoiyai, berhabuk la mata penulis tengok. Kadang-kadang rimas bila bukak facebook baru nak usha-usha awek, tetiba post pasal politik ni berderet-deret. Stop la share mende merepek tu. Buang masa korang je laa. Baik korang fikir macamana nak majukan diri sendiri. Ini diri sendiri tak terkemaskan nak memikirkan agenda rakyat bagai la. PORAHHH!! Lagi pun kita orang Islam beb, fitnah adalah DOSA BESARR.. Tambah-tambah lagi korang menge'share' fitnah-fitnah tu kat wall korang pastu penulis pown dapat saham sebab baca fitnah-fitnah tu. Nampak tak, setiap kali korang share mende-mende fitnah tu akan bertambah la dosa korang walhal kita sendiri tak tahu kebenaran di sebalik semua tu.

Well, You know what? Politik itu kotor, kita pergi ke tempat A, kita dengar sumber cerita yang sama tapi berbeza perencahnya, kita pergi ke tempat B, lain jugak perencahnya walhal ianya adalah sesuatu yang sama. Kita sebagai pendengar kena menilai sendiri apa yang mereka katakan. Kita tak mahu kita menjadi penyambung fitnah-fitnah ni. Ok? Bagi yang dah mendaftar sebagai pengundi tu tahniah dan pilih la dengan hati korang, mana yang belum mengundi tu apa lagi cepat-cepat mendaftar. Penulis? Eh, mesti lah belum. Jom kita mengundi!!




No comments:

Post a Comment