Followers

Wednesday 12 April 2023

Father's Diary Part 1

Assalamualaikum.. alhamdulillah,setelah 5 tahun menyepi,hari ni penulis tergerak untuk berkongsi perkembangan diri penulis. Alhamdulillah,pejam celik penulis sudah mempunyai 2 org cahaya mata yg sangat comel. Dalam tempoh 5 tahun,kepelbagaian pengalaman serta cabaran hidup telah penulis hadapi. Ranjau berduri,ku redah semua. Pada tahun 2019, penulis telah mendirikan rumah tangga bersama rakan seperjuangan semasa menuntut ijazah sarjana muda penulis, Nor Atikah. Dalam tempoh 8 bulan, penulis mendapat berita gembira yg mana isteri tercinta telah hamil anak pertama kami. Maha Suci Allah, kami dikurniakan seorang bayi lelaki yg kami beri nama Muhammad Faqih Ajwad bin Mohammad Fikri yg bermaksud 

Muhammad - terpuji
Faqih - bijaksana
Ajwad - sangat pemurah

Penulis bersyukur,kedua2 insan tercinta selamat, walaupun isteri penulis melahirkan anak secara ceasarean. Dalam tempoh membesarkan anak, penulis banyak menghadapi cabaran, antaranya cabaran pengurusan kewangan,belanja yg semakin meningkat, emosi ibu selepas melahirkan anak dan cabaran membesarkan anak. Penulis banyak belajar mengenai pengurusan anak, setiap momen bersama anak, penulis akan record, ambil gambar setiap bulan. By the way, masa ni penulis bekerja sebagai penolong pengurus cawangan dalam industri peruncitan. Jadi, masa sangat terhad untuk bersama anak isteri. Penulis bimbang, risau terlepas momen-momen berharga bersama anak isteri, jadi setiap aktiviti,penulis akan snap gambar untuk dijadikan kenangan. Baiklah,cukup setakat sini dulu,insyaAllah dalam satu atau dua hari lagi, posting baru akan muncul. wassalam