Followers

Saturday 22 September 2012

ISLAM dihina, apa tindakan kita?

Baru-baru ni heboh mengenai kes penghinaan agama kita, Islam melalui filem "The Innocence of Islam". Sebuah filem yang diarah oleh Nakoula Basseley mendapat perhatian yg hangat dan menimbulkan kemarahan semua orang Islam di dunia. Malahan baru-baru ni majalah yg mengandungi karikatur Nabi Muhammad s.a.w. iaitu majalah "Titanic" yg dipasarkan di Berlin. Bagi aku la perkara macam ni dah biasa berlaku membabitkan puak yang bodoh lagi tolol sampai mencemar keharmonian dunia. Memang dari dulu lagi mereka-mereka yang bodoh lagi tolol ni merancang untuk buat macam ni. 

          Tapi persoalannya kenapa mereka buat macam ni? Puncanya senang saja, mereka jealous dengan agama kita ISLAM yang ramai penganutnya. Salah satu lagi mereka tidak tahu keindahan Islam dan mereka juga tidak memahami apa itu ISLAM. Kita lihat Jihad sebagai satu medium untuk mempertahankan diri, tetapi mereka lihat Jihad sebagai kekejaman. Kita lihat hudud sebagai satu hukuman kepada penjenayah adalah bagus tapi mereka cakap hudud tu zalim. Nah, nampak kan beza orang yg faham ISLAM dengan x faham ISLAM? 

          Aku ada seorang kawan yang aku kenal melalui laman sosial Facebook. Dia belajar di luar negara dan dia dapati ramai orang yang berlainan agama bertanya mengenai Islam. Aku agak kagum dan ingin merasai situasi tu. Tapi apa kan daya aku hanya belajar di dalam negara. Tak berpeluang merasai pengalaman macam tu. Mereka banyak bertanya kenapa kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa wanita kena pakai tudung itu dan ini. Mintak maaf la aku tak berani cerita secara detail sebab kawan aku sendiri suruh aku rahsiakan cerita ni.

         Persoalan disini untuk aku ajukan, APA TINDAKAN KITA bila Islam dihina, Al-Qur'an di pijak, Nabi Muhammad s.a.w. di keji? Ramai yang memboikot dengan tidak melayari Google, tengok Youtube, dan memboikot produk negara yang menghina Islam. Tapi pernah ke mereka kisah dengan boikot tu? Rugi sangat ke diorang sampai boleh muflis? Tak pown, sebab ekonomi mereka kukuh. Bukanlah aku menentang tindakan memboikot produk mereka tapi adalah tindakan yang aku katakan kurang bijak.

         Sebab apa aku katakan kurang bijak? Ya, aku ingat sabda nabi yang bermaksud "jika kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan (kuasa) jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah (nasihat) dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati, dan inilah selemah-lemah iman". Ya,kita tak mampu nak cegah dengan tangan sebab kita tidak punya kuasa untuk mencegah dan kita juga tidak mampu mencegah dengan lidah sebab kita juga bukan kenal dengan mereka yang menghina ISLAM. Tapi kita punya hati untuk mencegahnya.

         Sebab apa aku katakan kita mencegah dengan hati adalah lebih bijak? Cuba tengok diri anda. Adakah anda seorang yang solat cukup 5 waktu? Adakah anda solat diawal waktu? Adakah anda hafal Al-Qur'an? Nah, jawab persoalan ini dan anda tahu kenapa. Kita tidak punya iman yang boleh menandingi para sahabat. Iman kita boleh dikatakan senipis kulit bawang. Sepatutnya kita perlu check iman kita dulu, baru cegah kemungkaran. Baru kita boleh lawan mereka yang menghina Islam. Bukan seperti ketam mengajar anaknya. Itu baru betul melawan penghina-penghina yang bodoh lagi tolol tu.

          Aku berani cakap la berapa ramai umat Islam marah dengan penghinaan Islam tapi diorang pown sama menghina Islam secara tidak sedar. Mungkin aku pown tidak lah sebaik ustaz tapi sebagai umat Islam aku turut tercabar dan marah dengan isu ni. Tapi apakan daya aku bukanlah sesiapa untuk melawan penghina-penghina ni. Aku pown tidak sempurna mana tapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.

          Jadi aku harap disini pembaca-pembaca mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan you have to check your Iman. 

No comments:

Post a Comment