Followers

Sunday 16 September 2012

Petua Menghilangkan Rasa Malas

Assalamualaikum semua pembaca blog "Drama Petang". Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog ni. InsyaAllah dalam entri kali ni penulis akan memberi sedikit petua bagaimana menghilangkan rasa malas dalam diri. Puas penulis berfikir untuk menulis entri kali ni, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Penulis mimpi di ugut oleh pembaca blog ni suruh update blog hari ni. Hehe,gurau je la. xde la sampai terbawak dalam mimpi pown.

Haa,marah letew. Hehe, sebagai manusia dan sebagai pelajar University memang ada la sikap malas tu. Bukan nak cakap ape la kan, penulis ni pown malas jugak. Tapi korang taw ke apa maksud malas ni?

M.A.L.A.S
according to the Dr Wikipedia PHD. he said that "lazy"  means that lack of desire to expand effort

Mana ada Dr Wikipedia daa.. Haha, pernah tengok x Tun Dr Mahathir berdebat dgn orang Inggeris dalam satu rancangan temubual? Rata-rata mesti pernah tengok kan? So, apa perasaan anda? Kagum dgn Tun? Marah dgn org Inggeris yg melabel MELAYU ni MALAS?

          Kat sini penulis nak bagi sedikit tips atau pun lebih elok penulis katakan ingin berkongsi tips supaya sikap malas tu boleh diubah atau dikurangkan.

1.  Sebelum buat kerja berwuduk dahulu
Sikap malas adalah dari nafsu dan syaitan. Syaitan sgt takut dgn mereka yg berwuduk. Bukan susah pown nk berwuduk, sekejap je kan? Bukan sampai setengah jam pown.

2. Niat
Tetapkan niat anda sebelum melakukan pekerjaan. Kalau boleh target mesti ada. Bila dah ada target tu kompem anda akan jadi bersungguh-sungguh utk capai target tu.

3. Pilih kawan anda
Kalau dah namanya kawan, kompem la terikut-ikut. Jadi pelajar Universiti kne pandai cari kawan sebab kawan boleh mempengaruhi sikap dan komitmen anda. Tak salah nk kawan dgn semua orang, tapi jangan lah sampai terpengaruh dgn sikap mereka.

4. Ingat jasa mak dan ayah
Agak-agak ape mak ngan ayah anda sedang makan sekarang? Jika anda seorang yg berada, maka anda tidak perlu memikirkan sgt tentang apa yg mereka makan, tapi jika anda seorang yg kurang berada, maka anda perlu buang rasa malas tu. Balas jasa mereka dgn kejayaan anda.

Nampak x? senang x nk hilangkan rasa malas. Ok, good luck ye kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment