Followers

Thursday 7 May 2015

Bijak Menabung

Assalamualaikum w.b.t.

Seriously, lama betul tak update blog ni. Memang aku habis idea nak tulis apa dalam blog ni. Ditambah pulak dah masuk semester 5 ni berlambak-lambak assignment nak dibuat. Jadi, alhamdulillah malam ni aku berkesempatan untuk menulis entri kat sini. 

Dah masuk sem 5 ni, akal dah terarah untuk berfikir ke masa depan, apa akan dilakukan pada waktu akan datang, kerja dan keluarga. Memang ramai dah kawan-kawan yg bekerja malahan telah mendirikan rumah tangga. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat, malahan usaha yang setimpal perlu dilakukan. Dalam pada menghabiskan sisa-sisa pengajian ni, aku banyak berfikir tentang pekerjaan yang sesuai dengan lulusan dan kudrat serta kemampuan aku. Bukanlah memilih tapi perancangan itu perlu.

Jadi, aku tertarik untuk menceritakan serba sikit mengenai buku yang aku beli dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC hari tu. Buku ni memang sesuai untuk dibaca bagi setiap peringkat umur. Aku agak tertarik dengan buku ni bukanlah sebab apa, mula-mula sekadar menghabiskan baucer buku, itulah niat aku. Rugi rasanya kalau tak dipakai, macam tahun lepas rugi rasanya baucer RM50 tak dipakai sebab dah rosak, biasalah lelaki. Apa-apa barang simpan dalam dompet, bila hujan basah. Maka rosaklah baucer tu. Jadi tahun ni, keseluruhan baucer aku gunakan untuk beli buku dan alhamdulillah, aku jumpa satu buku yang memang amat-amat berguna.

Tajuk buku tu adalah "Cukupkah Wang Anda" yang ditulis oleh Hajjah Rohani Datuj Hj Mohd Shahir. Tajuknya saja dah cukup menarik minat aku. So, aku bacalah. Buku ni memang banyak iktibar malahan panduan serta kepentingan menabung dan melabur duit. Aku tidaklah berminat untuk melabur sebelum ni. Satu dek aku masih belajar,belum ada sumber pendapatan lagi malahan berhutang pulak tu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah kewangan aku cadangkan supaya baca buku ni, insyaAllah dapat sedikit sebanyak ilmu mengenai tabungan untuk masa depan. Dari awal lagi Hajjah dah ceritakan tentang kepentingan menabung dan melabur dalam bukunya. Bagi aku, buku ni sangat-sangat membantu aku dalam menguruskan kewangan. Banyak kira-kira yang ditunjukkan dalam buku ni, jika mengikut disiplin dan rajin menabung. 


Jadi, korang semua patut beli dan baca buku ni. Memang menarik untuk dibaca. wassalam.

No comments:

Post a Comment