Followers

Thursday 1 June 2017

Apa yang Best Kat Lenggeng Part II

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita dalam "Fikri Basir Blog". Dalam entri kali ni, aku tertarik untuk berkongsi satu lagi tempat yang menarik di kampung aku. Ada dah aku selitkan dalam entri2 sebelum ni, cuma tak detail. Kali ni aku akan selitkan sekali beberapa keping gambar yang mungkin menarik minat korang untuk berkunjung ke sini.

Jeram Kedah yang terletak di kawasan Ulu Beranang, Lenggeng. Kebanyakkan yang datang ke sini rata- rata orang kampung sendiri dan mereka yang selalu hiking di Bukit Broga. Kalau dari Pekan Lenggeng kira- kira 3 kilometer manakala dari Broga aku kira lebih kurang 5 ke 7 kilometer. Opss, tu baru sampai simpang jalan besar, masuk lagi ke dalam lebih kurang 3 ke 4 kilometer. Kena masuk dalam kawasan Perkampungan Orang Asli dulu baru sampai ke tempat ni. 

Tentang aktiviti yang boleh dijalankan di sini, of course mandi jeram. Tu yang paling utama, kedua memancing ikan tengas. Aku selalu jugak berkunjung ke sini, memancing ikan tengas. Selalu aku akan berkunjung ke sini hujung minggu, memancing ikan tengas. Tapi sensitif sikit ikan tengas kat sini, kalau bising-bising, tak mahu makan umpan, kena menyorok sikit. Ketiga, aktiviti berbasikal dalam kawasan orang asli. Aku pernah jumpa seorang brader ni berkayuh dari semenyih ke sini, jauh baii..

Satu Peringatan- Kawasan ni memang cantik, tapi tu lah, satu yang aku tak suka perangai setan orang malaysia ni suka buang sampah. Tu satu sikap yang aku dan sepupu aku abang kamarul kecewa sangat. Tiap kali aku berkunjung ke sini, mesti ada sampah2 makanan dan minuman, paling tak boleh bla tinggal spendar. Hanat betul perangai,bila ada kes kencing tikus, mulalah sawan, walhal punca dari tangan sendiri. So, please keep your brain function bila sentuh bab2 sampah ni. Memang bengang aku tengok sampah2 ni bertabur. Kalau ikut hati, aku tak nak share tempat ni pun, tapi tu lah hati meronta-ronta nak menulis fasal tempat ni. Ok lah, kat bawah ada sikit gambar yang aku boleh share dengan korang, hope u enjoy this entry ok?


Bahagian atas jeram ni.



Kat bahagian ni agak dalam, seriously best kalau mandi kat sini.


Payung set yang aku guna untuk memancing tengas.


No comments:

Post a Comment