Followers

Sunday 15 July 2012

sexy la..



Penulis kagum dengan penghijrahan artis-artis dalam M'sia ni. Yang dulu free hair kini dah bertudung, bukankah manis kelihatan setelah bertudung? Sebagai seorang lelaki, penulis juga memahami naluri wanita yang selalu ingin kelihatan cantik dan menawan, begitu juga dgn lelaki. Kami juga ingin tampil segak dan bergaya depan khalayak ramai. Kecantikan, segak, bergaya, anggun, trendy semuanya adalah sama. Cuma yg membezakannya adalah cara seseorang utk bergaya dan anggun.









          Penulis tahu agak susah utk tiba-tiba bertudung daripada free hair. Satu perubahan yg drastik memang susah utk dilakukan. Sama juga seperti solat. Semasa kecil, kita diajar ttg cara-cara solat yg betul dan disuruh solat ketika berumur 10 tahun. Pada awalnya, memang liat utk solat 5 waktu, tapi bila sudah jadi kebiasaan kita solat, apabila tertinggal 1 waktu solat hati x tenteram, rasa bersalah yg amat pun ada kan? Begitu juga dgn menutup aurat, memang susah pada permulaan, tapi bila sudah menjadi kebiasaan pasti ad rasa bersalah utk mendedahkan aurat.


          Wanita kini sering marah apabila dikatakan simbol seks, memang hina apabila dikatakan begitu. Di negara barat wanita sbg lambang seks adalah perkara biasa. Pergaulan bebas, seks bebas semuanya bebas. Kita punya otak utk menilai baik buruk kan? Apabila diperhati oleh lelaki kita tuduh lelaki tu mata keranjang, gatal dan sebagainya. Walhal kita yg mendedahkan aurat kpd pandangan ajnabi dluar sana. Apabila terjadi kes-kes rogol kita heboh menyalahkan lelaki yang merogol, yang lelaki pulak heboh tuduh wanita menggoda dan sebagainya. Jadi siapa yg salah dalam hal ni?


          Kita punya akal yg dianugerahkan Allah, so, why don't we use it? senang kan?

No comments:

Post a Comment