Followers

Wednesday 18 July 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum pembaca semua. Penulis rasa bersyukur apabila bulan Ramadhan dtg lagi. Ya, bulan paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana terdapat seribu keberkatan dalamnya. Penulis teringat zaman kanak-kanak dulu bila datang je bulan puasa mesti teruja. Biasalah kanak-kanak kan, kompom fikir nak raya je. Lepas tu fikir dapat duit raya banyak-banyak keliling kampung dgn kawan-kawan, mercun dan macam-macam lagi. Tipu lah kalau korang x fikir macam ni masa kanak-kanak dulu kan? Haha, bila fikir balik kelakar jugak sbb penulis teringat masa tu penulis pernah keluar masuk bilik air asyik berkumur-kumur je.. Lepas tu telan sikit air paip. Kelakar kan? Tapi satu yang paling penulis suka masa bulan puasa masa moreh kat masjid. Macam-macam kuih ada sampai x termakan.

       Bila dah besar puasa dah jadi satu kewajipan kat kita sebagai umat Islam. Dah xde dah puasa "Yang Yok" dah. Dah xde curi-curi minum air kat toilet lagi dah. Tugas kita adalah berpuasa cukup sebulan (yang lelaki la, Perempuan mana boley puasa cukup,Hehe). ok la, penulis rasa kalau nak ceritakan kebaikan Ramadhan ni memang banyak, tak terbaca plak nanti. Hee, penulis wish Selamat Berpuasa kepada semua n selamat beramal ye?

No comments:

Post a Comment