Followers

Thursday 9 August 2012

Juadah yang korang tak kan jumpa di hari raya

Assalamualaikum pembaca semua. Anda sehat? Sudah sahur? Kalau sudah, elok la. Hari ni dah masuk 20 hari puasa. Maknanya ada lebih kurang 9 atau 10 hari lagi umat Islam akan menyambut hari Raya Aidilfitri. Segala persediaan sudah mula dilakukan terutamanya kaum ibu, masing-masing sibuk mengemas rumah dan menghias rumah dan yang paling penting menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka. Tak kurang juga keluarga penulis, walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan masing-masing, setiap kali menjelang raya, rendang ayam menjadi juadah yg paling penting bagi keluarga kami. Bagi penulis, raya kami tidak sempurna jika tiada rendang ayam. Penulis pasti anda juga pasti ada juadah yang penting dalam menyambut hari raya kan?

         Dah 20 tahun umur penulis, maknanya dah 20 kali la penulis beraya. Setiap rumah yang penulis kunjungi semuanya tiada yang berbeza, semuanya seakan sama sahaja style juadah. Yang berbeza hanya lah balang kuih, tekstur dan rasanya sahaja yang berbeza. Apa yang penulis cuba highlight kan kat sini adalah antara juadah yang mungkin korang xkan jumpa di hari raya. Tak percaya? Cuba lah cari kalo ada, memang korang bertuah sangat2.

Antara juadahnya adalah: 

1. Kentucky Fried Chicken KFC

KFC adalah salah satu juadah yang korang xkan jumpa di hari raya pertama. Walaupun cara makan KFC mengikut sunnah (eh,korang taw x?Kan trademark KFC sedap sehingga menjilat jari, ye tak?) korang takkan jumpa punya melainkan kat rumah perdana menteri ataupun jutawan sahaja yang berani kasi. Sebab ape korang takkan jumpa? Cuba korang bayangkan kalau seratus orang datang rumah korang larat ke nak hidang KFC?haha, rabak la dompet tuan rumah tu.

2. McDonald

McDonald pown lebih kurang jugak dengan KFC.haha, takde alasan lain untuk tuan rumah nak belikan McD utk korang masa hari raya.

3. Ramly Burger


Burger? haha, lagi la tak logik nak hidangkan masa raya. Orang datang nak makan kuih raya, ada pulak buat burger kan nak raya. Yang ni memang payah nak jumpa, melainkan korang pegi kat gerai burger baru jumpa.

4. Pisang gorang

Yang ni pown penulis rasa takde jugak sebab pepagi raya orang akan cari rendang ayam, diorang xcari goreng pisang kan? Minum petang boleh la buat goreng pisang. Takkan nak pegi rumah orang hari raya nak makan goreng pisang? Takkan goreng pisang je kowt tuan rumah kasi, mesti nak lain sikit kan?


        Juadah hari Raya Aidilfitri memang penting dalam hari Raya. Memang adat kaum Melayu dan orang Malaysia apabila raya adat kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Tak kisah la juadah ape pown yang disediakanoleh tuan rumah itu semua tak jadi masalah bagi kita kan? Yang penting di hari Raya kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.





   

No comments:

Post a Comment