Followers

Sunday 5 August 2012

Bagaimana untuk dapat dekan?

Ramai pelajar masa kini gemar meggunakan masa-masa terakhir untuk mengulangkaji pelajaran. Nak taw sebab apa? Sebab dyorang blaja utk exam, bukan utk ilmu. Haa, penulis ad beberapa tips utk memudahkan korang skor dalam exam korang. Tips ni memang penulis bagi khas untuk korang yang ingin dekan pada setiap semester. Bagi yg "freshie" tu boleh cuba jugak..Jangan segan jangan malu ye.


          Bagi soalan objektif, terdapat beberapa teknik menjawab yang efektif. Memang penulis belum cuba teknik ni tapi peratus kejayaan teknik ni adalah sangat tinggi iaitu 99%.

1. Dadu


Dadu sgt berguna dalam menjawab soalan objektif. Peratus utk betul menjawab soalan objektif agak tinggi. Teknik ni sangat popular sejak zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramli lagi. Anda tak percaya? Cuba tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok. Tapi dia tak guna masa exam la sebab kat negara arab dulu-dulu takde final exam mcm sekarang. Tapi dadu ada 6 muka, so korang tulis la dwi pilihan kat lagi 2 muka dadu tu. Tapi ada satu nasihat la untuk calon-calon peperiksaan. Kalau nak guna dadu, tolong jangan baling jauh-jauh sebab nanti kantoi dengan pengawas peperiksaan.

2. Pensel



Teknik ni pown lebih kurang sama dengan teknik dadu tadi. Cuma teknik ni lebih selamat la dari teknik dadu tadi. Orang tua-tua cakap lebih "secure" la. Tuliskan option atau pilihan jawapan kat pensel tu setiap segi pensel tu. Lepas tu korang golek-golek kan la pensel tu. Tapi satu je la pesanan penulis kat korang yang cuba teknik ni, jangan beli pensel yg bulat, nanti xde sudut nak tulis pilihan jawapan kat atas pensel tu.

3. Bahasa muka


Teknik ni perlukan beberapa orang kawan untuk menjayakannya dalam menjawab soalan objektif. Setiap orang perlu menghafal bahasa isyarat seperti gambar diatas. Tapi kena pandai la gunakan teknik ni takut masing-masing tiada jawapan untuk dikongsikan, so parah la kat situ..


         Bagi menjawab soalan subjektif pulak, ada beberapa teknik yang harus dipelajari bagi menjawab soalan dengan tepat dan cepat. Tapi agak extreme sikit dari teknik menjawab soalan objektif.

1. Tengok jawapan member kat depan

Teknik ni boleh digunakan semasa menjawab soalan subjektif. Sedikit persediaan seperti menyediakan julab dalam makanan pengawas peperiksaan adalh perlu sekiranya terdesak sangat. Teknik ni boleh digunakan jika pengawas peperiksaan betul-betul tiada utk mengawasi anda.

2. Nota Kuku

haa,ni yang agak semart la penulis cakap, walaupun terhad tapi sangat efektif dan kreatif. Anda boleh tulis apa saja formula atas kuku anda tapi pastikan anda bukan seorang yang rabun untuk kaedah ni. 

3. Nota Kasut

cara ni elok rasanya tak payah buat sebab anda akan nampak seperti orang bodoh sebab pegang kasut macam orang gila. Yang ni penulis tak syorkan sebab kalo anda bukan jenis pembersih kompem satu kelas boleh pengsan disebabkan bau kasut anda.

Haaa, tu dia cara-cara nak dapat dekan setiap sem. Tapi anda semua kalau berani buat lah macamni sebab apa yang anda pelajari hanya akan jadi sia-sia sebab ilmu tu tak berkat, kan?

Penulis pernah chat dengan ustazah penulis, ustazah Mislizah namanya. Ustazah tu pesan kat penulis belajar rajin-rajin n jangan hampakan harapan mak ayah kita. Tanggungjawab kita sebagai anak adalah untuk menggembirakan ibu dan ayah kita. Selagi mereka masih hidup, maka masa tu lah kita nak gembirakan hati mereka.



No comments:

Post a Comment