Followers

Tuesday 28 August 2012

Anda seorang yang gagal?

Korang pernah rasa kegagalan? Aku taw semua orang pernah rasa kegagalan. Pahit kan rasa dia? Aku tak pernah dengar orang berguling-guling bersorak  melompat-lompat bila gagal. Kalau boleh menangis semahu-mahunya. Kegagalan aku yang pertama adalah semasa di bangku sekolah rendah lagi. Bermacam-macam kegagalan aku lalui. Dari yang kecik sehingga sebesar-besar kegagalan pernah aku lalui. Dari kegagalan menyiapkan kerja rumah  sehingga UPSR. Aku akui aku pernah menangis sebab tak siapkan kerja sekolah depan kawan-kawan. Yelah, masa kecil aku agak manja dan mudah menangis. Macam perempuan kan? Aku tak malu menangis disebabkan kegagalan aku. Sebab semuanya memang salah aku, aku merupakan seorang yang gagal ketika tu. Gagal menyiapkan benda alah yg dinamakan "Kerja Rumah" tu.

          Itu baru kegegalan aku yang paling kecil aku rasakan. Kegagalan aku yang agak besar semasa dalam darjah enam. UPSR memang ditakuti oleh semua murid termasuklah aku sendiri. Target 5A memang sukar untuk dicapai, apatah lagi bagi murid biasa seperti aku ni. Nak dikatakan pandai tidaklah pandai mana, bukanlah segenius kawan-kawan aku yang dapat straight A's. Cikgu Suzila ketika tu sangat tegas, sering membuat kepala aku pening dengan latihan-latihan matematik yang betul-betul membuat aku tertekan. Natijahnya, aku cuma mendapat 4 A 1 B sahaja. Subjek Matematik aku dapat A, tapi apa yang membuat aku kecewa adalah subjek yang paling aku sukai iaitu Bahasa Inggeris. Ya, memang aku minat subjek Bahasa Inggeris. Aku selalu dapat A dalam subjek tu, tapi UPSR ternyata mencabar gred yang aku harapkan. Cuma dapat B sahaja. 

          Kalaulah aku dapat 5A kemungkinan aku dah dapat tawaran belajar ke MRSM. Memang idaman aku nak belajar di MRSM, tapi kini tu semua tinggal bayang-bayang sahaja. Semuanya hancur lebur, tinggal kenangan sahaja semua tu. Aku dapat tawaran belajar di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. Di situ tinggallah aku dalam tarbiyah Islamiyah. Suasana tenang dan nyaman di situ. Aku rasakan mungkin aku akan berjaya di situ nyata meleset tekaan aku. Aku gagal lagi dalam PMR. Aku akui kegagalan aku untuk skor dalam PMR. Ayah ternyata kecewa apabila subjek geografi aku gagal untuk dapat A. 9 A hanya angan-angan aku, akibat kemalasan dan kelembapan aku belajar aku hanya dapat 6A 2B 1C. Ayah cakap sepatutnya aku boleh dapat 7A, tapi aku mengecewakan ayah. Ternyata jelas air muka ayah yang kecewa dengan kegagalan aku. Tapi tak mengapa, aku berjanji dgn diri aku sendiri untuk tidak berputus asa untuk memperbaiki kegagalan aku dalam SPM.

          SPM- satu bencana buat aku. Inilah dia kegagalan yang paling besar dalam hidup aku. Aku tidak menjangka keputusan SPM aku seteruk ini. Peperiksaan yang menentukan jalan hidup aku ternyata membuktikan aku masih di tampuk kegagalan. Ini disebabkan aku terlalu enjoy dengan hidup aku, aku alpa dan lalai selepas menduduki PMR. Aku sering keluar kelas semata-mata untuk dapat sijil kokurikulum yang tidak sepenting mana jika dibandingkan dgn SPM. Aku bertengkar dengan kakak aku yang selalu berleter demi kebaikkan aku. Aku terumbang-ambing selepas mendapat keputusan SPM. Aku seakan-akan tidak percaya dengan keputusan tu. Aku mula terbayang masa depan yang malap dengan keputusan SPM tu. Namun dengan kuasa Allah aku berjaya menyambung pelajaran di UiTM Kuala Pilah.

          Pada mulanya cerita aku ni seperti aku seorang yang berputus asa dan seorang yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang aku miliki. Tapi sebaliknya berlaku. Aku gagal dapat 5A, takpe sebab aku masuk SMKA SHAMS. Aku bangga dapat masuk sekolah yang top dalam Negeri Sembilan malahan antara SMKA yang terbaik dalam Malaysia. Aku gagal dapat 5A bukan bererti aku gagal dalam seumur hidup aku. Aku belajar agama di sana dan aku tahu Halal Haram kehidupan Mungkin tak banyak ilmu agama yang aku pelajari tapi aku tahu aku boleh menjawab apa sahaja soalan yang basic dalam agama Islam. Mungkin kalau aku masuk MRSM aku tak seperti ni, mungkin aku cetek dalam ilmu agama dan hanyut dalam syurga duniawi ni. Mungkin warna rambut aku juga perang tidak hitam seperti sekarang. Bukan menuduh pelajar MRSM begitu tapi mungkin pendirian aku tak teguh dan terikut-ikut budaya orang.
          
          Aku juga gagal dalam PMR bukan sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang gagal, tapi Allah nak aku belajar lagi di situ. Aku tak tahu perancangan Allah tapi aku tahu ada hikmah disebalik kegagalan aku dalam PMR. Banyak aku pelajari di sana, tentang hukum hakam, malahan aku tahu aku mampu menjadi imam kepada isteri aku jika aku berkeluarga nanti. Allah juga tahu sebab aku tak dapat banyak A dalam SPM sebab Allah tentukan masa depan yang baik untuk aku. Aku kini belajar di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengurusan ladang. Aku bangga dapat belajar dalam jurusan tu sebab memang aku minat jurusan tu. Ternyata aku tidak perlu risau dengan perjalanan hidup aku sebab Allah dah tetapkan rezeki aku dari Azali lagi. Disini aku ingin berpesan kepada sehabat-sahabat, adik-adik yang masih belajar. Jangan risau jika anda gagal, tapi anda patut risau jika anda tidak bangkit dari kegagalan tu. wallahualam.

          

No comments:

Post a Comment