Followers

Monday 21 January 2013

Nostalgia

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba penulis teringat zaman kanak-kanak dulu. Ya, zaman kanak-kanak yang pernah penulis kita semua lalui. Zaman yang seronok, penuh dengan keseronokkan dan tanpa masalah. Penulis pasti korang pown mesti pernah kan mengalami zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kan? Entah-entah lagi seronok dari zaman kanak-kanak penulis. Hari ni penulis nak ceritakan pasal pengalaman penulis semasa kanak-kanak yang paling best sekali dalam hidup penulis.

# Berkhatan


Sunat?! Uish, perkara yang paling menakutkan dalam hidup seorang kanak-kanak lelaki. Bila cerita pasal berkhatan, semua budak rasa kecut perut dek membayangkan Tok Mudim yang digambarkan berwajah garang. Yang tak boleh bla tu Tok Mudim bermisai dan menakutkan. Eh,rilek2..Penulis tak berkhatan dengan Tok Mudim pown. Dah zaman milennium mana nak pergi kat Tok Mudim. Pergi klinik je. Bila dengar je ayah penulis nak penulis berkhatan, pergh...macam nak tercabut jantung.."Abis laa aku kena sunat ni,macamane ni ha" keluh penulis. Sejak dengar pasal sunat je, penulis tak tentu arah. Tapi takpe, nak mengekalkan ke'macho'an penulis, wat tak tau je la. Senyum sokmo. Sebelum berkhatan ayah penulis buat sedikit kenduri kesyukuran sempena penulis nak berkhatan. Banyak dapat duit, tu la dia salah satu nikmat bagi budak-budak yang berkhatan. Banyak betul, masa zaman kanak-kanak RM10 pown dah cukup besar bagi penulis. Dah kaya dah masa tu kalau dapat RM10. Tapi penulis dapat lebih.hahaha..

          Sampai hari tu, penulis dah gelabah ayam dah. Tiba-tiba je ayah penulis cakap "Jom pi ngoca ikan"( ngoca tu maksud dia tangkap ikan). Kebetulan hari penulis berkhatan ada pulak kawan ayah penulis ada keringkan kolam ikan, Apa lagi bersorak la penulis. Bajet tak jadi sunat sebab tolong orang tangkap ikan. Wohooo!!Merdeka. Tak payah sunat. Memang best, banyak ikan dapat penulis tangkap. Ikan tilapia, tongsan, sepat haruan macam-macam lagi laa. Sampai lupa hari tu nak sunat. Dah senang hati dah masa tu tak jadi sunat. Bila balik je petang tu penulis dah mandi wangi-wangi dah masa tu, tiba-tiba je ayah penulis bawak pergi klinik. Mak aihhhh, terkejut beruk masa tu. Tiba-tiba je sunat. Dah sah penulis kena kencing ngan ayah penulis saja bawak pegi tangkap ikan. Haha,kelakar betul la masa tu. 

Akan bersambung....

No comments:

Post a Comment