Followers

Wednesday 9 January 2013

Dunia yang Kecil


Assalamualaikum pembaca semua. Sudah agak lama penulis tak menulis dan meng"update" blog ni. Rupa-rupanya penulis terlampau sibuk dgn praktikal di jabatan pertanian Seremban. Dek kekurangan masa dan bil broadband pown tak berbayar + laptop takde, memang tak sempat penulis nak menulis. Alhamdulillah minggu ni penulis telah ditugaskan utk menjalani praktikal di Starfresh Agrofarm yg terletak kira-kira 10 minit dari bandar Seremban. Ala, jalan ke Kuala Pilah tu. Tempat ni memang best.


                         

Ada macam-macam kat Agro Park ni. Korang boleh petik buah belimbing, ada pokok buah-buahan yg macam-macam spt durian, margisa (xtaw btol ke tak ejaan) n beruk pown ade gak. Kat sini adalah salah satu kawasan pelancongan yang mana korang boleh menempah pakej atau event. Harga dia pulak boleh tahan la. Harga standard la kawasan pelancongan ni kan. Lepas tu kalau korang buat event kat sini bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bukan sahaja berbentuk pertanian, tapi industri pembuatan pown ada jugak. Korang boleh belajar buat jem, buat labu air, dan buat sabun kat sini. Tapi yg paling best kat sini adalah aktiviti paint ball. Terdapat gelanggang disediakan dan bayaran dikenakan adalah berpatutan.

          Ececeh, dah macam promoter pulak kan? Memang nak promote pown sebenarnya. Pssst, nak taw ssuatu tak. Sampai kat sini penulis jumpa sorang bekas pelajar UiTM kuala pilah, Zatil Athirah. Ala,setakat jumpa senior kan. Sape heran? Haha, sebenarnya akak tirah orang kampung penulis, yang kelakarnya penulis tak taw pown dye orang kampung penulis. Rumah nenek dia betul2 dekat dengan rumah nenek penulis. Kelakar kan? Apa la penulis ni, jiran sendiri pown tak kenal. Sebenarnya banyak jugak individu-individu yang penulis jumpa yang mana kadang-kadang diorang pown saudara penulis. Antaranya abang nafjit, jumpa kat kursus yang RISDA anjurkan kat Pahang.

          Kat bawah ni antara gambar yg penulis tangkap kat Starfresh Agropark..




Mintak maaf la penulis takde camera DSLR. tgkap paki fon je.hehe,ok adios...

No comments:

Post a Comment