Followers

Thursday, 17 September 2015

Aku Penunggang Motosikal

Assalamualaikum w.b.t

Seriously lama woi tak update blog ni. Memang dah abih dah idea haa nak nulih(menulis) ni. Alhamdulillah laa ado gak bondo eh nak ditulih an haa. Ni cito pasal penunggang motosikal lah ni. Okay okay, cakap pekan sikit. Aku dah lama dah tunggang motosikal ni. Risiko memang banyak bab-bab menunggang motosikal ni. Cuaca, memang biasalah. Kalau hujan kuyup, kalau tak hujan kering lah. Haha, kalau nak diceritakan risiko tunggang motosikal ni budak terencat darjah 5 pun boleh cerita panjang lebar bab risiko ni.

Point yang aku nak HIGHLIGHT kan kat sini adalah timbang rasa pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Sepanjang aku bawak moto kat Melaka dan Johor ni, dah 34* kali dah kena potong sipi-sipi. Memula kena tu kira boleh sabar jugak lah, Husnuzzhan lagi mungkin tak dapat nak agak memotong tu, tapi kalau dah banyak kali tercarut jugak mulut ni dek terkejut memotong sipi-sipi ni. Dah lah laju memotong, dalam hati dah " Apo cilako bona orang bawak kereto ni?! Setan boto lah!!". Agak-agak kau buat kat 40 orang macam aku ni, mau termakbul memang cilako lah kau kan? Kalau aku bawak superbike memang dah kena kejar dah kau, aku ikut sampai rumah nak tampar je sedas dua. Apakan daya bawak moto kapcai je, terpaksa lah bersabar.

Memang geram attitude macam ni, takde timbang rasa kat penunggang motosikal, cuba kau bayangkan kau kena macam aku ni, kalau tak abah kau ke, adik kau ke. Di buatnya pulak ada lemah jantung ke mau tak berbuih mulut kat atas moto, malahan boleh menyebabkan kemalangan. Selalu aku perhatikan, kadang-kadang nak jugak bawak ketengah jalan sikit bagi pemandu kereta ni tahu jalanraya kat Malaysia ni lebar, banyak ruang nak memotong. Tapi itu lah, motosikal ibarat mentimun, melanggar tak boleh, dilanggar lagi lah parah. Selalu heboh penunggang motosikal tak berhati-hatilah, samseng jalanan lah. Tu semua alasan tu, double standard je. 

Nasihat aku akhir sekali, di atas jalanraya, kena sentiasa rendah diri. Nyawa orang beb atas jalan ni. Kereta kau besar ke peduli apa aku, toksah nak berlagak sangat, esok mati naik van jenazah jugak. Haha, jadi berhati-hatilah diatas jalanraya. Bersepah nyawa orang atas jalanraya ni.

Sekian, buat masa ni. Wassalam..

*statistik berdasarkan kiraan matematik sekolah rendah

Thursday, 7 May 2015

Bijak Menabung

Assalamualaikum w.b.t.

Seriously, lama betul tak update blog ni. Memang aku habis idea nak tulis apa dalam blog ni. Ditambah pulak dah masuk semester 5 ni berlambak-lambak assignment nak dibuat. Jadi, alhamdulillah malam ni aku berkesempatan untuk menulis entri kat sini. 

Dah masuk sem 5 ni, akal dah terarah untuk berfikir ke masa depan, apa akan dilakukan pada waktu akan datang, kerja dan keluarga. Memang ramai dah kawan-kawan yg bekerja malahan telah mendirikan rumah tangga. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti bukan sahaja sekadar menetapkan matlamat, malahan usaha yang setimpal perlu dilakukan. Dalam pada menghabiskan sisa-sisa pengajian ni, aku banyak berfikir tentang pekerjaan yang sesuai dengan lulusan dan kudrat serta kemampuan aku. Bukanlah memilih tapi perancangan itu perlu.

Jadi, aku tertarik untuk menceritakan serba sikit mengenai buku yang aku beli dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC hari tu. Buku ni memang sesuai untuk dibaca bagi setiap peringkat umur. Aku agak tertarik dengan buku ni bukanlah sebab apa, mula-mula sekadar menghabiskan baucer buku, itulah niat aku. Rugi rasanya kalau tak dipakai, macam tahun lepas rugi rasanya baucer RM50 tak dipakai sebab dah rosak, biasalah lelaki. Apa-apa barang simpan dalam dompet, bila hujan basah. Maka rosaklah baucer tu. Jadi tahun ni, keseluruhan baucer aku gunakan untuk beli buku dan alhamdulillah, aku jumpa satu buku yang memang amat-amat berguna.

Tajuk buku tu adalah "Cukupkah Wang Anda" yang ditulis oleh Hajjah Rohani Datuj Hj Mohd Shahir. Tajuknya saja dah cukup menarik minat aku. So, aku bacalah. Buku ni memang banyak iktibar malahan panduan serta kepentingan menabung dan melabur duit. Aku tidaklah berminat untuk melabur sebelum ni. Satu dek aku masih belajar,belum ada sumber pendapatan lagi malahan berhutang pulak tu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah kewangan aku cadangkan supaya baca buku ni, insyaAllah dapat sedikit sebanyak ilmu mengenai tabungan untuk masa depan. Dari awal lagi Hajjah dah ceritakan tentang kepentingan menabung dan melabur dalam bukunya. Bagi aku, buku ni sangat-sangat membantu aku dalam menguruskan kewangan. Banyak kira-kira yang ditunjukkan dalam buku ni, jika mengikut disiplin dan rajin menabung. 


Jadi, korang semua patut beli dan baca buku ni. Memang menarik untuk dibaca. wassalam.

Friday, 19 September 2014

Broga Rock Temple

Assalamualaikum w.b.t.

Tau tak tempat selain Bukit Broga yang menarik untuk dikunjungi di Broga? Salah satunya adalah "Broga Rock Tample" yang terletak kira-kira 2km dari pekan Broga. Kalau dari Semenyih, kira-kira  5 km dari Bukit Broga tu tak silap laa. Ramai orang yang datang ke Bukit Broga tapi tak tahu ada satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di situ. Dalam tokong ni terdapat banyak binaan yang menarik dan cantik untuk dilihat. Setiap minggu pasti ramai yang datang untuk melihat dan bagi masyarakat buddha, mereka datang untuk upacara sembahyang malahan ramai juga orang melayu datang untuk menikmati keindahan suasana dan melihat arca-arca yang di bina di situ. First time aku datang bersama kawan-kawan sekampung masa jalan-jalan ke Semenyih. Dalam tokong ni terdapat banyak patung yang di bina termasuklah patung zodiak kalendar cina tu. Yang paling besar dalam tokong ni adalah patung dewa monyet yang terletak di puncak bukit. Memang awesome laa patung dewa monyet yang di bina seakan-akan melihat keadaan sekeliling Broga tu.

Hari tu saja bawak kakak aku singgah ke tokong tu. Gelabah juga dia sebab tak pernah datang tokong. Haha, kelakar jugak, tapi aku bawak jugak sebab nak bagi dia tengok sendiri tokong tu. Kami selalu sibuk jadi saja curi sedikit masa ketika selesai kelas memandu kakak untuk jalan-jalan ke situ. Katanya "eh, boleh ke bang masuk tokong ni? kang kena marah ke ape?" Haha, aku explain kat dia yang orang melayu pown ramai datang ke sini jalan-jalan. Kat sini ada beberapa gambar yg smpat ak snap dengan kakak aku.


Patung Dewa Monyet yang berada di puncak bukit di sini. Pengunjung boleh melalui jambatan gantung yang disediakan di sini dan pergi ke puncak untuk melihat patung yang paling besar di sini.



Kalau dari atas bukit ni, pengunjung boleh melihat dan menikmati pemandangan sekitar Broga. Memang cantik pemandangan dari atas ni.









Kalau hujung minggu, memang ramai yang datang mengunjungi tokong ni. Antara pengunjung yang datang termasuklah warga asing dan pelancong tempatan. Kebiasaannya mereka dari ekspedisi mendaki Bukit Broga dan terus berkunjung ke sini. Ok, sampai di sini saja dahulu. Wassalam.



Tuesday, 10 June 2014

Majlis Resepsi Cik Suriati

Assalamualaikum w.b.t

Wedding! Hari ni penulis pergi ke Majlis Resepsi Cik Suriati iaitu lecterur chemist kami masa diploma semester 1 dulu. Alhamdulillah sampai jugak jodoh lecterur kami. Majlis telah berlangsung di Kg Solok Duku, Masjid Tanah Melaka. Dah lama kami pesan kat cik Suriati kalau nak kahwin jangan lupa jemput kami sekali. Bukan apa, kami sangat akrab macam kakak dan adik. Dengan menaiki kereta, kami terus gerak ambik Mastura dan Firdaus, member kami masa diploma dulu. Firdaus dah tak sambung satu kursus dengan kami, agak lama tak jumpa Daus sejak tamat diploma lagi (walaupun rumah penulis dengan Daus satu negeri). Dah lah, malas nak cerita panjang-panjang. Ni ada gambar yang sempat penulis snap pakai kamera handphone. By the way, kedua mempelai sama padan n sama cantik. Dengan mengenakan baju putih, kedua pengantin sangat sepadan. Tahniah kepada Puan Suriati, moga kekal till jannah ok?



Inilah dia Firdaus. Member dulu ni masa diploma satu kelas dari sem 1 sampailah abis diploma.





Kami masa tengok acara persandingan kedua mempelai.


Sama cantik sama padan. Pakai baju putih nampak cantik.






Kek pun ikut bentuk molekul. Mentang-mentanglah power kimia. Haha




Kami daripada student perladangan dan Agroteknologi mengucapkan tahniah kepada Cik Suriati and may Allah give you happiness.

Wednesday, 21 May 2014

Segmen blogging + menang hadiah!


KLIK
BANNER UNTUK JOIN

Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!

HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT:
29 MEI 2014
– Jam 11.59 malam

Monday, 19 May 2014

Air Terjun Gunung Ledang

Assalamualaikum

Masa musim kemarau dulu aktiviti yang paling best adalah berendam dalam jeram. Al maklumlah cuaca yang panas melampau itu je la aktiviti yang boleh meredakan kepanasan. Jadi penulis dan kawan-kawan sepakat untuk berkelah di Gunung Ledang. Kalau dari Chinchin, Melaka, perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Kami tapau je makanan di Tangkak sebab nak kejar masa, Lebih kurang jam 2 petang kami bertolak dari Chinchin Melaka dan sampai lebih kurang 2.40 petang.

Hari Ahad kami sangkakan tak ramai orang mandi manda ternyata sangkaan kami meleset, jeram penuh dengan pengunjung. Ahad selalunya hari bekerja bagi rakyat Johor, tapi pengunjung dari negeri lain berpusu-pusu ke sana. Terus kami mendirikan solat Zuhur secara berjemaah. Mandi-mandi jugak kan, tapi kewajipan kepada Sang Pencipta jangan pula dilupakan. Selesai je mandi apa lagi terus kami tukar baju dan bersedia untuk berendam.

Di sebabkan ramai pengunjung, kami terus pergi ke puncak air terjun, kata Hanif kawan penulis bahagian atas ada kolam yang dalam, jadi kami terus pergi bahagian atas jeram. Hasilnya, ternyata berbaloi dengan penat lelah kami setelah 10 minit berjalan menuju ke puncak. Airnya dalam, walaupun agak crowded, tapi puas hati.




Tangga untuk ke puncak ada disediakan untuk kemudahan pengunjung. Keindahan air terjun menambah lagi keseronokkan dan ketenangan melihat pemandangan di sekitar jeram.



Pemandangan dari atas memang sangat awesome dan menenangkan pengunjung.







Kami mandi sampai hari petang. Sempat jugak kami bergambar sebagai kenangan sepanjang berada kat situ. Bagi yang suka bergambar, pemandangan kat sini memang cantik untuk dinikmati. Malangnya di hujung trip, hujan lebat mencurah-curah. Hujan rahmat agaknya. Al-maklumlah dah lama tak hujan dan yang paling best helmet penulis bertakung dengan air hujan. Gempak beb!!
Wassalam, semoga korang sampai kat sini dan enjoy.

Saturday, 17 May 2014

Perkahwinan di usia emas

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni penulis tertarik untuk berkongsi pendapat dengan pembaca semua. Mengenai kahwin di usia emas, ya, usia emas mendirikan rumah tangga. Penulis tertarik sebab apa? Ceritanya lebih kurang begini, macam biasalah, main facebook punya fasal. Terjumpa pulak post pasal Mak Mah kahwin lagi. Kepada Mak Mah selamat pengantin baru di ucapkan. Sajalah penulis baca komen-komen post tu, tetiba ada jugak rupanya yang heboh kondem Mak Mah bernikah lagi. Dahlah kaum hawa, komennya macam tak pakai otak, macam mintak kontroversi pulak bila komen mcm tu. Nak tau apa komen dia? Macam ni komennya : "Da tua bangka pun ada nafsu jugak nak kahwin ke?hahaha"

Bagi penulis, kata-kata tu sangat kurang ajar dan layak diberi penampar 5 bintang. Yang pertama, siapa anda untuk mengkritik amalan sunnah Rasulullah? Bukankah Islam menyuruh umatnya mendirikan rumah tangga jika berkemampuan? Fikirkan jika anda berada di tempat Mak Mah orang dok kritik anda, apa yang anda rasakan? Sakitnya hati siapa yang tahu. Adakah perkahwinan itu hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata dan jika anda sebagai anak, mampukah anda memberi kebahagiaan sebagaimana suami membahagiakan isteri? There's a limit you can put your love towards your mommy sis.

Yang kedua, sebagai anak tanya diri anda, adakah anda sentiasa ada bersama ibu atau bapa anda jika mereka keseorangan? Tambahan pula, jika parent anda yang tinggal hanya ayah anda, adakah anda sentiasa menjaga makan pakai mereka? Belum tentu anda mampu, so why not let them married? They have their own path too. Let them choose their path. Apa hak kita sebagai anak nak halang perkahwinan mereka? Dari mereka buat yang bukan-bukan lebih baik biarkan sahaja mereka berkahwin. Lagipun kita sebagai anak bukan boleh berkepit dengan parent 24 jam kan? Nak-nak pulak yang bekerja jauh dari kampung halaman tu, siapa yang nak jaga ibu atau bapa anda tu melainkan ada mereka ada pasangan masing-masing.

Yang ketiga, persoalan jodoh. Ya, persoalan jodoh yang dah ditentukan oleh Tuhan, dah jodoh mereka biarkanlah mereka berkahwin. Persoalan sejarah lama tu tolak tepilah. Apa lagi yang nak dikenang, yang dah pergi tu biarkan berlalu. Biarkan itu semua jadi lipatan sejarah, tak usah dikenang nilai sentimental bagai bab bab kahwin ni. Jangan disebabkan nilai sentimental tu kita jadi derhaka pulak dengan ibu atau bapa kita. Bukan apa, penulis pernah je jumpa yang tinggalkan ayah disebabkan sayang arwah ibu. Jika sayang bukan itu caranya. Menghalang perkahwinan bapa anda bukanlah suatu langkah yang bijak tetapi langkah bangang yang diambil oleh anda. Sebab apa, yang menyara dan membesarkan anda adalah keringat ayah anda, memang tak di nafikan syurga itu dibawah telapak kaki ibu, tapi ayah juga penting. Ingat tu.

wassalam.